fbpx
Now Reading
Wanita Buat Konten Lucah Mohon Maaf Lepas Menteri Arah JAKIM Buat Laporan Pada SKMM

Wanita Buat Konten Lucah Mohon Maaf Lepas Menteri Arah JAKIM Buat Laporan Pada SKMM

Menurut wanita berkenaan, segala perkongsian yang dimuat naik olehnya di dalam media sosial hanyalah sekadar pendapat dirinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu akaun Telegram yang berkongsi ‘ilmu rumah tangga’ secara melampau sehingga membincangkan isu-isu mengenai hubungan intim suami isteri.

Malah tular juga beberapa tangkap layar perbualan di antara pemilik akaun yang didakwa seorang Ustazah bersama pengikutnya di Telegram yang berbaur lucah.

Menteri Agama arah JAKIM lapor pada SKMM dan beri nasihat

Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang cakna mengenai isu tersebut telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai hal tersebut.

“Saya juga telah mengarahkan JAKIM untuk memanggil dan membuat pertemuan bersama pihak yang berkaitan. Saya minta JAKIM memberikan nasihat jua bimbingan,” katanya.

Menurutnya, sebagai umat Islam di dalam hidup ini terdapat satu akhlak yang paling penting iaitu perasaan malu.

“Ada perkara yang tidak perlu kita bincang secara terbuka. Termasuklah dalam bab hubungan intim suami isteri. Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah. Ini bukan akhlak Islam.”

Menteri Agama, Datuk Dr Na’im Mokhtar

Atin tampil mohon maaf secara terbuka

Susulan itu, wanita itu yang turut dikenali sebagai Atin menerusi hantaran di laman Facebook tampil memohon maaf secara terbuka.

Menurut Atin, dia menganggap perkara yang sedang berlaku ini sebagai satu pengajaran terhadap dirinya.

“Saya pemilik bagi akaun Facebook ini memohon jutaan maaf atas kesilapan dan juga kekhilafan daripada pandangan saya yang telah menimbulkan kericuhan dan ketidaknyamanan di antara kita.

“Apa yang berlaku adalah satu pengajaran dan pertanggungjawaban ke atas diri saya,” katanya.

Segala perkongsian di media sosial hanya pendapat peribadinya

Jelasnya lagi, segala perkongsian yang dimuat naik olehnya di dalam media sosial hanyalah sekadar pendapat dirinya.

“Apa yang telah saya lontarkan sama ada di dalam Facebook mahupun group (Telegram), adalah pendapat dan pandangan saya sendiri yang tidak bersangkut paut dengan madrasah atau mana-mana guru saya.

“Semoga permohonan maaf ini dapat menjernihkan tanggapan dan suasana tidak kondusif antara warga media sosial kebelakangan ini.

“Kepada Allah saya memohon ampun, pada Rasulallah saya mengharap syafaat, kepada kalian saya memohon maaf,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.