Seorang lelaki di Brazil bertindak membunuh bekas majikannya selepas diberikan air minuman yang dicampur dengan air mani dipercayai sebagai gurauan.
Menurut Polis, Edivan Alven Cavalcante yang berusia 49 tahun didakwa telah memasukkan air maninya ke dalam segelas cawan berisi air tebu dan sebelum diberikan kepada salah seorang pekerjanya untuk diminum.
Tahu air minuman di masukkan air mani selepas 2 tahun
Namun insiden berkenaan hanya diketahui suspek, Maurico Roger Rodrigues Melo, 32, selepas dua tahun melalui rakan sekerjanya.
Sebaik sahaja mengetahui hal berkenaan, suspek mula memendam rasa dendam yang semakin menebal terhadap bekas majikannya.
Dia kemudian pergi ke syarikat berkenaan pada 2 Mei lepas dan didakwa bertindak menikam Alves Cavalcante selepas berlaku selisih faham antara mereka, menurut laporan media tempatan.
Dia kemudian ditahan kerana didakwa membunuh dan kejadian dilaporkan berlaku di Valparaiso De Goias, sebuah perbandaran di tengah Brazil.
Larikan diri sebelum ditangkap, polis temui 2 bilah pisau daripada suspek
Suspek kemudian melarikan diri. Namun cubaannya gagal apabila dicekup oleh polis di kawasan hutan berdekatan kediamannya.
Mangsa pula dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum dilaporkan meninggal dunia, lapor Daily Star.
Polis turut menemui dua pisau yang digunakan suspek dan hakim memerintahkan agar lelaki berkenaan ditahan dalam tahanan pencegahan pada 4 Mei lalu.