Pelanggan Mahu Saman Kedai Kopi Terkenal Selepas Nama Dieja ‘Babi’
Menurut wanita berkenaan dia mahu menyaman syarikat kopi terkenal itu selepas berang namanya dieja ‘Babi’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru- baru ini, tular di media sosial apabila seorang wanita meluahkan tidak puas hatinya terhadap pekerja di sebuah kedai kopi terkenal gara-gara namanya dieja seperti nama haiwan.
Menerusi Facebook, Bavitra Ramachandaran terkilan apabila namanya yang ditulis pada cawan tertera perkataan ‘Babi’.
Oleh disebabkan perkara itu, dia kemudian mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap francais kopi berkenaan.
Hantaran yang dimuat naik oleh Bavitra itu kemudian menjadi tular selepas dikongsikan laman Facebook Meanwhile in Malaysia.
Bavi tertukar ‘Babi’
Difahamkan kesilapan itu berlaku kerana nama singkatan wanita itu adalah Bavi.
Namun tegas Bavi, kesalahan sebegitu tidak sepatutnya berlaku memandangkan suaminya telah memberikan ejaan yang betul kepada pekerja berkenaan.
“Saya akan saman syarikat ini. Takkan pekerja Melayu kamu tidak tahu yang tiada nama manusia bermula dengan babi,” ujarnya.
Bavitra di ruangan komen bagaimanapun menjelaskan insiden ini bukanlah perkara baharu yang berlaku kepadanya.
Malah dia pernah berdepan situasi serupa ketika menghadiri temuduga apabila digelar Babitra sehingga perlu memperbetulkan sebutan dan ejaan namanya.
Hantaran turut undang perhatian ramai
Perkongsian berkenaan ternyata menarik perhatian ramai hingga mencetuskan perdebatan hangat.
Ada yang bersetuju dengan pendapat Bavitra yang menyifatkan pekerja tersebut sudah melampau batas dan ada juga yang merasakan ia hanyalah kesilapan kecil dan tidak patut diperbesarkan.