fbpx
Now Reading
Ramai Mengalir Air Mata Lihat Lakonan Uwais Anak Siti Sarah Sempena Hari Ibu [Video]
Uwais ziarah kubur ibu

Ramai Mengalir Air Mata Lihat Lakonan Uwais Anak Siti Sarah Sempena Hari Ibu [Video]

Uwais ketika sampai di kawasan perkuburan turut meminta untuk pergi berseorangan menziarahi kubur arwah ibunya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap 14 Mei seluruh dunia akan menyambut Hari Ibu bagi menghargai pengorbanan serta kasih sayang yang dicurahkan buat keluarganya terutama anak-anak.

Oleh itu, pada hari bersejarah ini pasti setiap di antara kita yang bergelar anak tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan insan yang tersayang ini.

Namun, bagi mereka yang sudah kehilangan individu yang bergelar ibu ia mungkin sedikit lain apabila sambutan ini tidak lagi disambut bersama insan tersebut sebaliknya ia hanya diiringi doa dari anak tersayang.

Video lakonan Uwais ziarah kubur undang sebak orang ramai

Baru-baru ini, tular satu video lakonan sempena Hari Ibu memaparkan anak sulung kepada penyanyi Siti Sarah, Uwais Al-Qarni yang menziarahi kubur arwah ibunya sehingga mengundang sebak di kalangan penonton.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh ibu tiri arwah Siti Sarah iaitu Suci Uwais atau mesra digelar Makder kelihatan Uwais pada awalnya berkunjung ke pejabat Loveta.

Dia kemudian melihat datuknya, Raissudin Hamzah memberikan sejambak bunga kepada isteri (Makder) bersempena dengan Hari Ibu.

Melihat perkara itu kemudian membuatkan dia terkenang kepada arwah ibu dan meminta datuk ke kubur untuk menziarahi kubur sebelum ke padang golf untuk meneruskan latihan.

Minta ziarah kubur seorang diri

Apa yang lebih menjadi perhatian, sebaik sampai di pekarangan kawasan perkuburan, Uwais lalu meminta untuk pergi seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa.

“Atuk boleh tak Uwais nak pergi sorang sahaja?” tanyanya sebelum mendapat kebenaran dari datuk.

Ketika menziarah dia kemudian memeluk batu nisan tersebut seolah-olah seperti melepaskan rasa rindu kepada insan tersayang itu.

Memahami apa yang dirasai oleh anak kecil itu, datuknya kemudian datang dan menghulurkan tangan dan memeluk Uwais.

Ramai mengalirkan air mata dan doa Uwais jadi anak soleh

Melihat di ruangan komen, video tersebut telah membuatkan orang ramai mengalir air mata kerana sedih dengan perkara tersebut.

Malah ada juga yang mendoakan agar Uwais menjadi seorang anak yang soleh.

“Belum setengah video, air mata dah jatuh berjurai laju, al-Fatihah buat arwah”

“Video hari ibu paling menyentuh hati”

“Termenangis pula.. semoga Uwais jadi anak soleh yang membahagiakan semua orang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.