fbpx
Now Reading
Guru Dipuji Pujuk Murid Yang Sebak Kuih Tidak Dijamah Rakan Ketika Jamuan Raya [Video]

Guru Dipuji Pujuk Murid Yang Sebak Kuih Tidak Dijamah Rakan Ketika Jamuan Raya [Video]

Berdasarkan video tersebut, murid-murid yang lain juga dilihat pandai mengambil hati rakannya itu dengan memakan kuih raya tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali tibanya bulan Syawal, kebanyakan sekolah akan mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri mengikut kelas masing-masing.

Bagi juadah jamuan pula, kebiasaannya para murid dan guru kelas akan membawa makanan sendiri untuk dikongsikan bersama-sama.

Sudah menjadi lumrah, pasti akan ada sebahagian makanan yang dibawa tidak disentuh dan dimakan oleh para pelajar.

Guru pujuk murid menangis ketika jamuan raya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video seorang guru yang harus memujuk muridnya yang sedang bersedih ketika jamuan raya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @farisfarhansidek, guru terbabit menegur murid lelaki itu yang sedang menangis sambil menutup mukanya di atas meja.

Sedih kerana kuih dibawa tidak dimakan rakan

Difahamkan, murid lelaki terbabit menangis kerana rakan-rakan sekelasnya tidak menjamah kuih yang telah dibawa olehnya.

“Takda orang nak makan biskut kita,” kata pelajar itu dalam keadaan sebak.

Guru tersebut lantas mengarahkan murid terbabit untuk menunjukkan kuih yang dibawa kerana dia ingin menjamah untuk mengambil hati kanak-kanak itu.

Tidak hanya itu, guru tersebut juga meminta para pelajarnya yang lain untuk turut makan kuih raya berkenaan.

Rakan sekelas turut makan kuih raya yang dibawa oleh murid terbabit

Apa yang mengharukan, murid-murid yang lain juga dilihat pandai mengambil hati rakannya itu dengan memakan kuih raya tersebut.

Difahamkan, murid terbabit yang dikenali sebagai Syakir juga merupakan seorang anak yatim.

@farisfarhansidek

bawak biskut raya tiada org nak makan. kesian anak yatim syakir ni. xpela kawan2 ada boleh makan biskut shakir #alhamdulillah #fyp

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

“Bawa biskut raya tiada orang nak makan. Kesian anak yatim Syakir ni. Takpa lah kawan-kawan ada boleh makan biskut Syakir,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan guru terbabit yang pandai mengambil hati muridnya.

Tidak hanya itu, mereka juga turut sebak melihat kanak-kanak tersebut menangis kerana kuih yang sudah dibawa tidak dimakan rakan sekelas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.