fbpx
Now Reading
Midvalley Megamall Di Kuala Lumpur Terbakar [Video]
Mid Valley terbakar 2023

Midvalley Megamall Di Kuala Lumpur Terbakar [Video]

Turut dimaklumkan oleh DBKL bahawa kerja-kerja memadamkan api sedang giat dijalankan oleh pihak Bomba dan Penyelamat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari Ini (17 Mei) negara digemparkan dengan kejadian kebakaran yang berlaku di pusat beli-belah Midvalley Megamall di Kuala Lumpur.

Perkara tersebut turut menjadi sohor di media sosial apabila ramai pengguna berkongsi video memperlihatkan asap hitam yang tebal di kawasan berhampiran dan susur Lebuhraya Persekutuan.

Bomba sedang berusaha memadamkan api

Maklumat trafik DBKL menerusi Twitter turut melaporkan bahawa anggota Bomba dan Penyelamat kini sedang giat memadamkan kebakaran tersebut.

Turut dimaklumkan kebakaran yang berlaku itu tidak menghalang mana-mana jalan raya.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian kebakaran yang berlaku pada jam 10 pagi itu dipercayai daripada bilik pencawang di pusat membeli belah terbabit.

Mid Valley Megamall menerusi hantaran di Facebook turut memaklumkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pihak Bomba sedang menjalankan siasatan punca kejadian.

Untuk memastikan keselamatan pelanggan, bekalan elektrik akan dipotong sementara sehingga mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Mid Valley City akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan ingin menegaskan bahawa keselamatan pembeli dan tetamu kami tetap menjadi keutamaan kami.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.