fbpx
pelajar bawak ayam sebagai hadiah hari guru

“Rare Ni” – Pelajar Hadiah Cikgu Ayam Sempena Hari Guru [Video]

Ketika ditanya apa yang dibawa oleh pelajar tersebut dia menjawab ayam iaitu hadiah bagi sambutan Hari Guru.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali tibanya 16 Mei iaitu Hari Guru, pelajarlah antara pihak yang paling teruja untuk meraikannya.

Ini kerana ketika inilah mereka dapat berpeluang untuk menghargai jasa guru yang bertungkus-lumus mendidik mereka agar menjadi insan berguna di masa depan.

Selain itu untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Guru, pelajar juga turut akan membawa hadiah sebagai tanda ingatan terhadap jasa para pendidik contohnya seperti kek, pen, beg, cawan serta banyak lagi.

Pelajar bagi hadiah ayam hidup sempena Hari Guru

Namun sedikit berbeza dengan seorang pelajar ini apabila dia membawa haiwan peliharaan sebagai hadiah kepada gurunya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Nazmi Azeri kelihatan seorang pelajar sedang memeluk sebuah kotak di sisinya.

Apabila ditanya apa yang terdapat di dalam kotak tersebut, pelajar berkenaan menjawab ayam sebelum menunjuknya ke arah satu lubang yang terdapat pada kotak berkenaan.

Ayam tersebut dipercayai untuk diberikan kepada guru tercinta sudah memerah keringat untuk mendidik dirinya.

Dipercayai ayam yang dibawa adalah ayam hutan

Menurut Nazmi Azeri dipercayai haiwan yang berada di dalam kotak tersebut adalah ayam hutan.

Walau bagaimanapun, berapa ekor jumlah ayam yang dibawa oleh pelajar tersebut tidak dapat diketahui.

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan pemberian tersebut kerana ia adalah satu hadiah yang pelik dan unik dari seorang pelajar.

Namun ada juga yang menyifatkan keinginan untuk memberi pelajar itu adalah satu perkara mulia.

“Terbaik adik ni ada rasa ingin memberi.. mulia sifat tu”

“Masuk periuk terus la”

“Apa pun hadiahnya, jasa guru patut dihargai”

“Jenuh cikgu nak kena bela ayam pula”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.