
Selepas 28 Tahun Terpisah, Akhirnya Lelaki Ini Bertemu Semula Dengan Ibu Kandungnya [Video]
Menerusi video itu kelihatan ibu kepada Marwan Hariri mengalirkan air mata ketika mendakapnya seperti melepaskan rindu kepada anak tersayang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Terpisah daripada insan yang bergelar ibu atau bapa merupakan satu perkara yang memeritkan buat seorang anak.
Apatah lagi apabila anak itu terpaksa membesar tanpa insan istimewa tersebut berada di sisi mereka.
Oleh itu, apabila sudah dewasa pasti ada segelintir daripada mereka yang mengorak langkah untuk mencari insan tersayang ini agar mereka dapat bersatu semula.
28 tahun terpisah, lelaki akhirnya jumpa ibu semula
Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang lelaki ini apabila dia berjaya menemui ibu kandungnya di Thailand selepas 28 tahun terpisah.
Menerusi video dikongsikan oleh Marwan Hariri, dia menunjukkan saat indah apabila insan istimewa itu sudah menunggu kehadirannya sebaik sahaja anaknya itu sampai di hadapan rumah.
Belum lagi sempat keluar dari kereta, Marwan menurunkan tingkap untuk menyapa ibunya.
Wanita berkenaan lalu memegang tangan, mencium dan memeluk anaknya seperti melepaskan rindu yang sudah lama ditahannya.
Ibu menangis peluk anak lelaki
Malah turut kelihatan ibu lelaki tersebut menangis ketika memeluk Marwan.
Sampai sahaja di perkarangan rumah, Marwan lalu turun dan membawa anak dan isterinya untuk diperkenalkan kepada ibu tersayang.
Dia juga turut berkesempatan berjumpa dengan adik perempuannya serta sanak saudara yang lain.
“Adik kandung sudah ada 4 orang anak.. kali terakhir jumpa ketika umur adik 3 tahun,” katanya.
@marwanhariri13 Part 1 video ni kena block, ni saya up balik supaya cerita xtergantung🥹 #sekadarberkongsicerita #semuamilikAllah❤️ #28tahunxjumpa #emaksyurgaku #fypシ #iniceritakami #🇲🇾🇹🇭
♬ original sound – Marwan Hariri – Marwan Hariri
Ceritakan bagaimana boleh terpisah dengan ibu
Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Marwan turut menceritakan bagaimanakah dia boleh terpisah dengan ibu kandungnya itu.
Menurutnya terdapat dua versi cerita dan berdasarkan apa yang diberitahu oleh keluarga belah bapanya, ibu telah pergi ke Thailand untuk melahirkan adik perempuan Marwan.
Sejak pada hari itu, ibunya tidak pulang ke Malaysia dan dia kemudian tinggal dan membesar di bawah jagaan bapa, atuk dan nenek.
@marwanhariri13 Video pertama dah kena removed n block🥲.. saya teruskn dengan video kedua, saya ceritakan dulu mcm mana saya boleh berpisah dengan syurga sayaa…. next video saya akan sambung cerita akhir mcm mana sya boleh jumpa mak sya balik🤲🏻🙏🏽.. harap dapat menjawab persoalan semua yg bertnya.. tpi sebab apa mak saya balik Thailand ada dua versi.. alasan yg diberi oleh famly ayah tak sama alsan yg diberi oleh mak.. tapi semua itu dah berlalu , sya redho dan terima semunya.. mungkin ada hikmah baik disebalik semua kejiadian ini… #semuamilikAllah❤️#part2#fypシ#iniceritakami#🇲🇾🇹🇭#kasihibuhinggakesyurga❤️❤️ #kasihayahtiadaganti
♬ original sound – Marwan Hariri – Marwan Hariri
Melihat di ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan pertemuan tersebut.
Ada juga menyifatkan Marwan beruntung kerana masih berpeluang bertemu dengan ibu tercinta.
“Terpisah di dunia masih ada peluang untuk memeluk jasadnya. Apabila berpisah alam.. rindu tiada berpenghujung”

“Saya nangis”

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan”
