fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Tertinggal Di Stesen Minyak, Respon Ibu Undang Perhatian [Video]
kanak-kanak tertinggal

Kanak-Kanak Tertinggal Di Stesen Minyak, Respon Ibu Undang Perhatian [Video]

Ketika kanak-kanak itu menghubungi ibunya, kedengaran wanita itu bertanya dengan nada suara yang tegas sebelum meminta dia menunggu untuk dijemput

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kejadian atau kes seperti kanak-kanak tertinggal di kawasan rehat dan rawat (R&R), stesen minyak dan sebagainya acap kali berlaku.

Perkara ini berlaku apabila terdapat salah faham di antara keluarga atau ibu bapa hingga tidak sedar akan keberadaan anak mereka.

Malah ada yang tersedar anak tertinggal apabila sudah berada jauh dari kawasan R&R tersebut.

Kanak-kanak tertinggal di stesen minyak

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki ini apabila ibunya tidak sedar dia tertinggal di sebuah stesen minyak dipercayai di R&R Seremban.

Menerusi video yang tular di media sosial, pemilik video itu berkata pada awalnya kanak-kanak berkenaan bertanya adakah individu berkenaan terlihat kenderaan jenis Proton Waja sebelum menyedari dia tertinggal.

Dia kemudian menghubungi si ibu untuk memberitahu keberadaanya di stesen minyak tersebut.

Respon ibu jadi perhatian

Namun apa yang menjadi perhatian, ketika perbualan itu kedengaran suara ibu sedikit tegas apabila mula bertanya pelbagai soalan kepadanya.

Kanak-kanak lalu dengan tenang cuba menjelaskan kepada wanita berkenaan sebelum diminta untuk menunggu sehingga ibu datang mengambilnya.

Sebaik sahaja meletakkan panggilan telefon, pemilik video itu kemudian meminta agar kanak-kanak tersebut menunggu di bahagian dalam premis demi menjaga keselamatannya.

Melihat di ruangan balas, ramai yang tidak bersetuju dengan cara ibunya bertanya kepada kanak-kanak itu.

Namun apa yang mencuri tumpuan netizen adalah respon si ibu yang bersikap defensive dan lebih menyalahkan anaknya ekoran apa yang terjadi.

Malah ada yang merasakan sudah menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa untuk memastikan anak-anak sudah berada di dalam kereta sebelum berlalu pergi.

“Heyy makcik kau ni buat aku angin”

“Patut JKM saman je ibu macam ni. Bukannya kalut dan menangis tak anak tertinggal, dimarahnya pula anak tu”

“Aku pernah kena tinggal lepas tu mak aku balik rumah..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.