fbpx
Now Reading
Konsert Coldplay Punya Pasal, Lelaki di Indonesia Nekad Jual Peti Sejuk & Motosikal

Konsert Coldplay Punya Pasal, Lelaki di Indonesia Nekad Jual Peti Sejuk & Motosikal

Lelaki itu bertindak sedemikian selepas gagal membuat pinjaman peribadi untuk beli tiket konsert Coldplay.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kumpulan Coldplay yang dianggotai oleh Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion mengumumkan beberapa negara di Asia sebagai salah satu destinasi bagi Konsert Jelajah Coldplay: Music of The Spheres World Tour yang akan diadakan pada November 2023.

Empat lokasi di Asia yang tersenarai dalam siri Konsert Jelajah Coldplay: Music of The Spheres World Tour itu adalah di Tokyo, Jepun (6 & 7 November), Kaoshung, Taiwan (11 November), Jakarta, Indonesia (15 November) dan Kuala Lumpur pada 22 November.

Rata-rata peminat Coldplay di Asia teruja dengan pengumuman ini dan sudah pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk berjumpa dan berhibur bersama artis kesayangan mereka.

Sanggup Jual Peti Sejuk Dan Motosikal Selepas Gagal Buat Pinjaman Peribadi

Kerana minat yang mendalam, seorang lelaki di Indonesia yang menganggap dirinya sebagai peminat sejati kumpulan Coldplay nekad menjual barang-barang rumahnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Danar bertindak demikian demi membeli tiket konsert Coldplay bagi kategori Ultimate Experience (Cat 1) iaitu tiket termahal yang ditawarkan pada harga 11 juta rupiah (RM3,350).

Pada mulanya, pemuda itu dikatakan mahu membuat pinjaman peribadi dan menggunakan wang itu untuk membeli tiket konsert tersebut.

Namun, dia tidak dapat berbuat demikian kerana kad pengenalannya dikatakan hilang.

Dia akhirnya mengambil keputusan untuk menjual barang rumah seperti peti sejuk dan barang-barang lain seperti telefon bimbit, pencetak (printer) dan juga motosikal.

Pemuda ini bagaimanapun tidak menolak untuk mendapatkan tiket yang lebih murah sekiranya gagal mengumpul wang yang cukup.

“Saya teringin (tiket) yang Rp 11 juta. Kalau tidak cukup yang Rp 5 juta. Kalau tidak cukup (juga) yang RP 4 juta,” kata Danar.

Konsert Siri Jelajah Coldplay di Indonesia akan diadakan di Stadium Glora Bung Karno di Jakarta.

Tiket konsert mula dijual pada 17 hingga 19 Mei 2023 kepada orang awam dengan harga serendah 800,000 rupiah (RM243.64) sehingga 11,000,000 rupiah (RM3,350) tidak termasuk cukai dan kos lain sebanyak 20%.

Foto: IG Coldplayfansindonesia

Baca Artikel Berkaitan: Ada Yang Sampai RM43k! Tiket Coldplay Sold Out, Scalper Ambil Kesempatan Jual Harga Berlipat Kali Ganda

Baca Artikel Berkaitan: Siapa Sokong Kehadiran Coldplay Maknanya Dia Sokong ‘Geng Pelangi’, Kata Ustaz Ahmad Dusuki [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.