fbpx
Now Reading
Peniaga Tak Puas Hati Ulasan Food Blogger, Siap Dedah Letak ‘Special Ingredient’ Dalam Makanan [Video]

Peniaga Tak Puas Hati Ulasan Food Blogger, Siap Dedah Letak ‘Special Ingredient’ Dalam Makanan [Video]

“Bilalah influencer ini nak datang kedai saya. Yang sorang dah ‘check-mate’ kena ‘special ingredient’ dalam makanan. Hanya budak hotel sahaja yang tahu apa saya maksudkan.” – Pemilik restoran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bergelar seorang ‘food reviewer’ dalam media sosial bukan lah sesuatu yang mudah walaupun ramai sering kali melihat kerjaya tersebut sebagai sesuatu yang senang dan santai untuk menjana pendapatan hakikatnya tidak sebegitu.

Sekiranya hidangan yang diulas dikatakan sedap namun pada pendapat pelanggan berbeza, pasti akan ada sahaja kritikan yang akan diterima.

Begitu juga apabila jika memberi komen jujur dengan mengatakan makanan tersebut tidak sedap, peniaga pula yang akan terasa hati dan memberi kecamannya.

Pemilik restoran mengaku letak ‘special ingredient’ dalam makanan

Seperti baru-baru ini, tular seorang individu dipercayai pemilik restoran mengaku meletakkan bahan khas (special ingredient) yang didakwa netizen sebagai bahan kotor di dalam makanan yang dihidangkan kepada pelanggan.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @Cikgu_Anep, dia berkongsi tangkap layar satu hantaran yang dimuat naik oleh restoran terbabit di laman Facebook.

Dalam hantaran tersebut, pemilik restoran mengaku telah meletakkan ‘special ingredient’ di dalam makan seorang influencer yang datang ke kedainya sebelum ini.

Kata pemilik restoran itu lagi, hanya mereka yang bekerja dalam bidang perhotelan sahaja yang tahu apa yang dimaksudkan dengan bahan khas itu.

“Bilalah influencer (pempengaruh) ini nak datang kedai Tom. Yang sorang dah ‘check-mate’ kena ‘special ingredient’ dalam makanan. Hanya budak hotel sahaja yang tahu apa Tom maksudkan,” tulisnya.

Difahamkan, restoran terbabit membuat hantaran tersebut kerana tidak berpuas hati terhadap seseorang influencer yang memberi ulasan jujur terhadap kedai berkenaan.

“Special Ingredient yang dimaksudkan adalah bahan kotor dan jijik”

Susulan itu, seorang pengguna media sosial membuat pendedahan mendakwa bahan khas dimaksudkan itu merupakan sesuatu yang jijik dan kotor yang sengaja diletakkan oleh tukang masak dalam makanan.

“Special ingredient itu kalau budak hotel maksudnya makanan itu sudah kena ludah atau kahak. Takda maksud tersirat lain dah, memang itu maksudnya.

“Walaupun bukan budak hotel pun tahu, banyak restoran yang buat. Kalau ada pelanggan ‘meroyan’ sikit, makanan diorang akan kena ludah, air liur berkahak, tahi hidung, kuku kaki, dan taik telinga.

“‘Special customer’ bermaksud pelanggan banyak bunyi. Jadi dapatlah apa-apa yang jijik untuk kenakan pelanggan yang kurang ajar itu,” jelasnya.

Sementara itu, pendedahan daripada restoran terbabit yang tular di media sosial telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Ramai rasa jijik dan dakwa restoran tersebut tidak boleh terima kritikan

Rata-rata pengguna media sosial mendakwa tindakan tersebut jika benar seperti didakwa merupakan sesuatu perkara yang sangat menjijikan.

Malah segelintir netizen juga mendakwa restoran tersebut sememangnya jenis yang tidak boleh menerima kritikan dari pelanggan mengenai makanannya.

KKM ambil maklum dan akan menyusul kes tersebut sewajarnya

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut terkesan dengan penularan isu kenyataan ‘special ingredient’ dari pemilik kedai terbabit.

KKM menerusi ciapan balas di laman Twitter rasminya memaklumkan pihaknya akan mengambil maklum dan akan menyusul kes tersebut sewajarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.