fbpx
Now Reading
Ditaja Tiket Penerbangan Ke Jeddah, Lelaki OKU Buat Misi Berjalan Ke Tanah Suci Kini Di Mekah [Video]
Lelaki selamat tiba di mekah

Ditaja Tiket Penerbangan Ke Jeddah, Lelaki OKU Buat Misi Berjalan Ke Tanah Suci Kini Di Mekah [Video]

Seorang pengguna TikTok, @JalilRazak turut berkongsi detik menunjukkan Herrynizam yang sudah selamat sampai di Tanah Suci, Mekah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini tular video di media sosial berhubung seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang berjalan kaki berseorangan dari Bidor, Perak ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji yang bakal tiba tidak lama lagi.

Lelaki yang dikenali sebagai Herrynizam Saleh, 42, sudah berjalan kaki sejak April dan banyak berkongsi perkembangan misi tersebut di TikTok.

Terbaharu, Herrynizam memaklumkan perjalanannya ke Tanah Suci telah dipermudahkan selepas mendapat tajaan tiket penerbangan dari seorang individu di Jeddah.

Bahkan, lelaki OKU itu turut dilaporkan sudah berada di Mekah.

Video menunjukkan Herrynizam telah sampai ke Mekah itu turut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu @JalilRazak dalam satu muat naiknya.

Menerusi video tersebut dia turut menunjukkan dirinya sedang berjalan bersama Herrynizam dan menunjukkan lelaki OKU itu sedang berdoa dalam keadaan lengkap berpakaian ihram.

Malah turut kelihatan wajahnya seperti sebak ketika berjalan menuju ke arah Kaabah.

“Assalamualaikum untuk pengetahuan korang abang yang jalan kaki daripada Malaysia ke Mekah tu dah sampai dah, mari aku tunjuk dekat korang.

“Video ni aku buat betul-betul di depan Kaabah dan aku harap korang percayakan aku, insya-Allah aku akan jaga abang ni sebaik mungkin,” ujarnya.

Jalan berseorangan sampai Bangkok sebelum ke menaiki pesawat ke Tanah Suci

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berkenaan berjalan berseorangan sehingga ke Bangkok, Thailand. Namun dia kemudiannya menaiki kapal terbang untuk transit di Manila, Filipina sebelum meneruskan perjalanan ke Dubai.

Kongsi detik ketika dalam perjalanan ke Mekah

Dalam pada itu, Herrynizam menerusi akaun TikTok miliknya turut berkongsi dia sememangnya mempunyai niat untuk berjalan kaki sehingga sampai ke Tanah Suci.

Namun ada individu yang ingin menaja penerbangannya dan dia perlu terima.

“Assalamualaikum semua saya sekarang ni dekat Dubai, ye niat jalan kaki tapi orang dari Jeddah sponsor tiket, saya kena terima. Ini semuanya datang dari Allah bukan kehendak saya,” tulisnya.

Terdahulu, Herrynizam ada memaklumkan di bahawa dia bakal merentas 12 negara antaranya Thailand, Laos, China dan banyak lagi untuk menjalankan misi ke Tanah Suci itu.

Menerusi laporan media, berdasarkan Google Map misi itu memerlukan lelaki OKU tersebut berjalan lebih daripada 10,000 km untuk sampai ke Tanah Suci.

Bukan itu sahaja masa yang diperlukan dalam misi ke Tanah Suci itu adalah 84 hari dan 10 jam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.