fbpx
Now Reading
Selepas Dua Tahun Bercinta, Baru Sedar ‘Teman Lelaki’ Rupanya Seorang Wanita

Selepas Dua Tahun Bercinta, Baru Sedar ‘Teman Lelaki’ Rupanya Seorang Wanita

Pasangan itu dikatakan pernah merancang untuk berkahwin namun ditangguh kerana ‘penyakit’ yang dialami oleh teman lelakinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di United Kingdom (UK) ditimpa nasib malang apabila mengetahui kekasih hatinya merupakan lelaki yang berjantina perempuan.

Dia dikatakan mengetahui jantina teman lelakinya setelah dua tahun menjalinkan hubungan.

Perkenalan Melalui Media Sosial

Menurut Mirror UK, wanita dan teman lelakinya berkenalan melalui laman cari jodoh pada penghujung tahun 2016.

Teman lelakinya itu dikatakan membuat satu hantaran “mencari pasangan” di laman berkenaan yang dikenali sebagai Plenty of Fish.

Mereka kemudiannya membuat temu janji pertama pada Disember 2016 dan telah melakukan hubungan seks sebanyak dua kali.

Sepanjang tempoh perkenalan, pasangan ini hanya berhubung melalui aplikasi Whatsapp dan panggilan video.

Tahu Jantina Teman Lelaki Melalui Facebook

Teman lelaki yang dikenali sebagai Blade Silvano dikatakan menyembunyikan identitinya dengan menggunakan ‘objek yang tidak diketahui’ dan memakai baju t-shirt.

Namun, rahsia teman lelakinya terbongkar pada September 2018 apabila akaun Facebook wanita berkenaan diselaraskan dengan kenalan dan menunjukkan nama berbeza.

Pasangan berkenaan juga dikatakan pernah merancang untuk berkahwin namun ditangguh kerana ‘penyakit’ lelaki berkenaan.

Menjawab kenyataan pihak pendakwa raya, wanita tersebut menafikan dakwaan bahawa hubungan mereka sebagai lakonan dan fantasi.

“Saya hanya mengenali Blade sebagai seorang lelaki,” katanya.

Blade kini dibicarakan di Mahkamah Mahkota Cambridge namun dia menafikan dua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Baca Artikel Berkaitan: Rupanya ‘Isteriku’ Bukan Perempuan!

Baca Artikel Berkaitan: Isteri Terkejut Selepas 10 Bulan Berkahwin Baru Tahu Suami Adalah Wanita

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.