
“Dia Cekik I” – Rider Penghantaran Dakwa Dikasari Wanita Berusia selepas Parkir Motor Di Tempat Kereta [Video]
Jelas penghantar makanan itu, dia memarkir motosikal di tempat parking kereta kerana kawasan tersebut tidak mempunyai ruang khas untuk meletak motosikal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video pertengkaran di antara seorang penghantar makanan dan seorang wanita di kawasan tempat letak kenderaan awam.
Kejadian difahamkan berlaku selepas penghantar makanan tersebut memarkir motosikal yang ditungangginya di dalam kawasan kotak parkir kereta.
Tindakan rider parking motosikal di kawasan kenderaan menyusahkan pemandu kereta
Menerusi perkongsian video di laman Twitter akaun @xtxaxfxk, wanita yang dipercayai pemandu kereta itu mendakwa tindakan rider tersebut menyebabkan dia sukar mencari parkir buat kenderaannya.
“Saya nak parking susah tahu tak? Awak tengok berapa ramai orang (pemandu kereta) tunggu nak parking,” kata wanita itu.
Penghantar makanan yang juga seorang wanita itu enggan berdiam diri dan kembali menyoal kepada wanita itu mengapa dia harus marah.
Wanita terbabit yang sudah berlalu berlalu pergi kemudian kembali ke arah rider tersebut menyebabkan pertelingkahan di antara mereka berlanjutan.
Rider dakwa dicekik wanita terbabit
Penghantar makanan itu yang merakam kejadian mendakwa wanita tersebut mengasarinya dengan mencekik semasa pertengkaran berlaku.
“Hari ini saya hilang rasa hormat pada orang tua. Dia (wanita itu) tengking saya 3 kali sebelum datang dan buat drama. Dia cekik saya kemudian nak guna sentimen orang tua.
“Tidak! Ibu bapa saya ajar saya hormat tapi dia tak layak dapat hormat,” tulisnya di dalam video.
Penghantar makanan tampil beri penjelasan
Menerusi satu hantaran video berasingan yang dikongsikan pula oleh seorang pengguna Twitter @ayeppjelah, penghantaran makanan itu tampil menjelaskan mengenai isu sebenar berlaku.
Jelas penghantar makanan itu, dia memarkir motosikal di tempat parking kereta kerana kawasan tersebut tidak mempunyai ruang khas untuk meletak motosikal.
Wanita maki hamun dan caci penghantar makanan terlebih dahulu sebelum mengasari
Selain itu, rider tersebut juga mendakwa wanita terbabit memaki hamun dan mencaci dirinya terlebih dahulu.
“Dia cakap pasal pelajaran, dia cakap saya tak pandai tak pergi sekolah, dia cakap keluarga saya tak ajar, dia cakap pasal motor buruk saya parking dekat situ menyusahkan dia.
“Saya tak tahan bila dia cakap ibu bapa saya tak ajar. Lepas dia tolak dia terus cekik, saya pertahankan diri dan tolak dia balik.
Menurutnya lagi, dia tidak berniat untuk bersikap biadap dengan memaki hamun wanita tersebut.
Tahla , ramai kecam rider tu, tapi adik ni bagus dia mengaku salah , remaja tua tu je yg menghamun.
— yepp (@ayeppjelah) May 20, 2023
.
bawak kancil je pun , rider tu parking in between, bukannya kau bawak lori nk drop barang dlm kedai , apo makcik.
.
Sampai cekik-cekik patutnya she report polis,baru betul pic.twitter.com/tNEqNT8HM9
Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat penghantar makanan tersebut mahupun daripada pihak polis.
Isu tersebut turut mendapat perhatian ramai di mana pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi dan pandangan mereka tersendiri.
Posting macam nak suruh kita marah ke orang tua aje nampaknya. Mesej mcm ni bagus ke? Agama awak cakap apa pasal bab ni? Ke tak payah sentuh agama sebab agama ni hanya kat sejadah?
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) May 20, 2023
saya bawak motor dan bawak kereta juga. saya pun tak suka bila nak parking kereta ada motor duduk situ.
— sharpman (@hiw200) May 20, 2023
so dari perpektif saya mmg awak dah salah, awak just minta maaf dan jalan, tak payah nak melawan, bila awak melawan (provoke) tu yg jadi mcm ni.. emotions running high
Aku dgr video penjelasan dia boleh je tp itu cerita pihak dia saja. Aku menilai dari video rakaman kejadian. Kalau nak adil, kena cari makcik tu bercakap apa di pihak dia juga.
— Shaharul Shafie (@rashidzack) May 21, 2023