Khairul Aming Bawa 60 Staf Nikmati Percutian Mewah Di Hotel 5 Bintang, Langkawi [Video]
Menurut Khairul Aming, dia memilih hotel bertaraf lima bintang kerana mahu kesemua staf berasa selesa untuk berehat sepanjang percutian itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebajikan pekerja merupakan satu perkara yang penting untuk dijaga oleh setiap majikan.
Malah kebajikan yang dijaga dengan baik dapat meningkatkan motivasi pekerja untuk bekerja dengan lebih semangat dan baik.
Khairul Aming bawa pekerja nikmati percutian mewah di Langkawi
Baru-baru ini influencer terkenal, Khairul Aming telah berkongsi satu video memaparkan dia bersama 60 orang pekerjanya sedang menikmati percutian mewah di Langkawi.
Menerusi video yang dikongsikan Khairul Aming memaklumkan dia mengambil keputusan untuk menutup kilang Sambal Nyet yang terletak di Kelantan selama lima hari untuk membawa pekerjanya bercuti.
Bawa menginap ke hotel 5 bintang & buat kejutan naiki Yacht
Menurut influencer itu dia memilih hotel bertaraf lima bintang iaitu di Hotel Park Royal kerana mahu pekerjanya berasa selesa untuk berehat.
Khairul Aming turut memberi kejutan kepada para pekerja apabila menyediakan dua Yacht (kapal layar) yang disewa khas untuk melakukan pelbagai aktiviti air selain boleh menikmati matahari terbenam.
Bukan itu sahaja, Khairul Aming turut menyediakan duit belanja buat setiap pekerja untuk mereka membeli barangan yang diinginkan seperti coklat dan sebagainya sebelum membawa mereka menaiki cable car pada keesokkan hari.
Turut kelihatan wajah para pekerjanya ceria dan gembira apabila dilayan khas oleh majikan yang sentiasa menjaga kebajikan mereka.
Ramai nak kerja dengan Khairul Aming
Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan usaha Khairul Aming sebagai seorang majikan dalam menjaga kebajikan pekerjanya.
Tidak kurang juga ada yang bertanya sekiranya terdapat jawatan kosong di syarikat influencer berkenaan kerana mahu menjadi salah seorang pekerja yang bertuah mendapat majikan sepertinya.