fbpx
Now Reading
“Macam Mercun Bom” – Cawan Meletup Setelah Baca Doa, Peniaga Dakwa Angkara Santau

“Macam Mercun Bom” – Cawan Meletup Setelah Baca Doa, Peniaga Dakwa Angkara Santau

Walaupun zaman semakin moden dengan teknologi terkini, namun masih ada lagi individu yang sanggup menggunakan ilmu hitam untuk kepuasan hati mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ilmu hitam merupakan ilmu yang digunakan pihak tertentu bagi tujuan menjatuhkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Umumnya, ilmu hitam sering dikaitkan dengan jin atau makhluk halus. Si pelaku akan mohon bantuan daripada jin atau makhluk halus untuk menyeksa dan menjatuhkan orang yang tidak disukainya.

Di Malaysia, antara ilmu hitam yang sinonim dalam masyarakat adalah santau.

Terkejut Cawan Isi Air Teh Suam Pecah Secara Tiba-Tiba

Baru-baru ini, seorang peniaga berdepan dengan detik cemas apabila cawan yang berisi air teh suam tiba-tiba meletup di hadapannya.

Menurut pemilik akaun Tik Tok yang dikenali sebagai Chef Tido, itu merupakan kali pertama dia berhadapan dengan pengalaman seperti itu.

“Kali ini paling dahsyat punya, macam mercun bom pula,” katanya.

Dia mendakwa tindakan itu adalah percubaan ilmu orang-orang terdahulu.

“Seminggu dua baru boleh berjalan benda macam ini, permainan orang-orang zaman dahulu. Mereka ini bila sudah cukup masa, kena cuba ilmu mereka ini,” ujarnya.

Dia tidak menyangka walaupun telah membaca doa, cawan yang berisi teh suam itu boleh meletup secara tiba-tiba.

“Bayangkan teh suam boleh meletup pula cawannya. Kalau air panas tu boleh percaya sebab air tu tengah panas. Terpulang lah pada yang hendak percaya atau tidak, segalanya di tangan anda,” ujarnya lagi.

Foto: Tik Tok Chef Tido

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat beliau yang menganggap itu adalah perbuatan santau. Malah, setengah netizen turut berkongsi pengalaman yang sama di ruangan komen.

Sejauh mana kebenaran tentang perkara ini tidaklah kami ketahui. Namun, dari sudut sains, situasi ini boleh berlaku disebabkan Thermal Fracturing atau dalam bahasa lain dikenali Thermal Shock.

Thermal shock adalah suatu keadaan dimana gelas/seramik (benda yang mudah pecah) mengalami perubahan suhu secara mendadak.

Perubahan secara mendadak akan menghasilkan tekanan yang cukup besar yang mengakibatkan gelas/seramik (benda yang mudah pecah) menjadi pecah.

Baca Artikel Berkaitan: Hantar Video ‘Ritual Sihir’, Scammer Ugut Bakal Santau Jika Mangsa Enggan Bayar RM100

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Rela Beli Baru” – Wanita Tak Tahan Diganggu Dengan Entiti ‘Tumpang’ Pada Barang Antik

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.