fbpx
Now Reading
[Kemaskini] Beberapa Pengguna Unifi Dakwa Alami Gangguan Masalah Internet

[Kemaskini] Beberapa Pengguna Unifi Dakwa Alami Gangguan Masalah Internet

Antara masalah yang dihadapi adalah kegagalan menggunakan aplikasi seperti Discord, Telegram, Line, dan Roblox selain gagal mengakses sesetengah laman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[Kemaskini] Menerusi satu makluman yang kami terima, isu berkenaan sudah pun diselesaikan pihak Unifi pada malam tadi (23 Mei).


Beberapa pengguna media sosial yang terdiri daripada pelanggan Unifi mendakwa sedang mengalami masalah internet.

Antara masalah yang dihadapi adalah kegagalan menggunakan aplikasi seperti Discord, Roblox, Telegram, dan Line selain gagal mengakses sesetengah laman.

Malah ada di kalangan pengguna turut mendakwa indikasi butang LED pada modem turut bertukar menjadi warna merah.

Semakan kami di ruangan komen Unifi turut menemukan beberapa komen yang memaklumkan perkara sama.

Bahkan kami di BuzzKini turut berdepan isu sama apabila cubaan beberapa kakitangan untuk mengakes beberapa laman termasuk Buzzkini.com tidak berhasil sebaik menggunakan wifi Unifi.

Namun tiada sebarang masalah yang timbul sebaik menggunakan hotspot dari data penyedia perkhidmatan yang lain.

Setakat ini aduan diterima dari mereka yang menetap di Lembah Klang seperti di Sri Damansara, Ampang, Seri Kembangan dan Seremban, Negeri Sembilan.

Terdapat gangguan pada server Unifi di laman tertentu

Menurut Unifi dalam satu ciapan balas, pasukan teknikal telah mengesahkan terdapat gangguan sementara pada server mereka di laman tertentu.

Namun isu tersebut sudah berjaya diselesaikan pada hari yang sama.

Tambah Unifi lagi, sebagai langkah alternatif pengguna juga boleh menggunakan laman web EasyFix untuk menyelesaikan sendiri masalah teknikal dengan menggunakan EasyFix Smart Diagnosis di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.