fbpx
Now Reading
Kenali Dewa Axe, Otai Dalam Arena Motor Custom Di Malaysia & Indonesia

Kenali Dewa Axe, Otai Dalam Arena Motor Custom Di Malaysia & Indonesia

Menurut Dewa Axe, dia kini memiliki 10 buah motosikal dan anggaran kos bagi setiap modifikasi menelan belanja RM20,000 hingga RM50,000 mengikut jenis pengubahsuaian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia automotif pasti mengetahui scene motor kustom (custom motorcycle) yang sinonim dengan aktiviti pengubahsuaian motosikal demi memenuhi citarasa tersendiri.

Motor kustom ini secara ringkasnya melibatkan pengubahsuaian reka bentuk mahupun prestasi jentera bagi tujuan pameran atau sekadar memenuhi hobi pada masa lapang.

Di Malaysia pula, golongan ini tidak hanya melibatkan anak muda, malah orang-orang lama juga sehingga kini masih berkecimpung dalam dunia motor kustom ini sehingga ada yang berjaya mencipta nama dan menjadi ikutan ramai.

Oleh itu, mari kami kenalkan anda semua dengan seorang otai arena motor kustom ini yang dikenali sebagai Dewa Axe.

Dewa Axe atau nama sebenarnya Dewanto Prakoso berasal daripada Indonesia dan telah menetap di Malaysia selama lebih 20 tahun.

Dewa Axe mula ceburi arena motor kustom sejak belasan tahun menerusi abangnya

Menurut Dewa, sama seperti individu lain, dia mula meminati bidang ini sejak berusia belasan tahun lagi setelah ‘diracun’ oleh abangnya sendiri yang mula memodifikasi kereta sebelum beralih arah ke motosikal.

“Dari umur 13 tahun saya dah terpengaruh dengan abang, dia main dulu dunia automotif ni so dari situ saya mula minat dunia motor kustom.

“Kita mula dulu dengan ubahsuai Volkswagen Kombi, selepas tu saya berpeluang sertai perlumbaan ‘Drag Race’ dengan memandu Volkswagen Bettle.

“Lepas tu abang saya pindah ke motor classic, dan saya tengok motor menarik juga. Jadi lagi sekali saya teracun dengan dia untuk mengubahsuai motosikal pula,” katanya kepada BuzzKini.

Menurut Dewa Axe lagi, dia kini mempunyai sebanyak 10 buah motosikal dan anggaran kos bagi setiap modifikasi jentera itu menelan belanja RM20,000 hingga RM50,000 mengikut jenis pengubahsuaian.

Antara motosikal yang dimiliki oleh Dewa Axe adalah seperti Evo Chopper, Harley Davidson Crossbone dan motosikal jenis scrambler.

Minat dan gemar proses ubahsuai penyebab kekal dalam arena motor kustom

Tambah Dewa Axe lagi, minat yang mendalam selain gemarkan proses pengubahsuaian (modifikasi) serta keterujaan melihat hasil ubahsuai menyebabkannya terus kekal dalam scene motor kustom.

Selain itu, sepanjang berada dalam arena motor custom ini, pelbagai pencapaian yang telah dikecapi olehnya seperti memenangi Best Volkswagen Custom, Winner Racer Volkswagen Bettle di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia dan tidak ketinggalan pernah memenangi pertandingan Art of Speed dalam kategori Best of Jap Style & Tracker above 400cc di Malaysia pada tahun lalu.

Dewa Axe nasihat generasi muda untuk mendalami ilmu motor custom terlebih dahulu

Pada masa sama, Dewa Axe turut menasihati generasi muda yang minat untuk menceburi dunia motor kustom ini agar mendalami ilmu di dalam bidang ini terlebih dahulu.

“Nasihat saya pada generasi muda, pastikan minat itu datang dari hati dan bukannya mengikut trend semata-mata. Kalau betul minat, kena buat bersungguh-sungguh.

“Sebaiknya generasi muda sekarang ini belajar untuk mendalami dahulu sesuatu minat itu sebelum melakukannya,” katanya lagi.

Tanggapan negatif dan kurang sokongan antara cabaran komuniti motor kustom

Mengulas mengenai isu cabaran, Dewa Axe berkata antara cabaran utama yang dihadapi sepanjang berkecimpung dalam arena motor kustom adalah pandangan dan tanggapan orang luar terhadap gaya penampilan mereka.

Selain itu, mereka juga kurang mendapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu dalam mengembangkan lagi komuniti ini.

Namun Dewa Axe tidak menganggap semua itu sebagai halangan dan tekad untuk menyatukan semua komuniti motor kustom di Malaysia agar bersatu hati.

Dalam pada itu, Dewa Axe kini sedang berkolaborasi dengan glo Malaysia menerusi penganjuran satu kempen peraduan.

Orang ramai berpeluang menangi Royale Enfield Hunter 350

Yang menariknya, salah satu hadiah yang ditawarkan adalah sebuah motosikal Royale Enfield Hunter 350 yang diubahsuai (customize) oleh Dewa Axe sendiri.

Antara hadiah lain yang turut mencuri perhatian adalah Helmet Retro Bell Bullitt dan Fuel Rodeo Gloves.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen peraduan tersebut dan cara untuk memenangi hadiah hebat yang ditawarkan tekan link di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.