fbpx
Now Reading
Pengunjung Galeri Di London Jumpa Kasut Dengan Logo Nike Pada Lukisan Berusia 400 Tahun

Pengunjung Galeri Di London Jumpa Kasut Dengan Logo Nike Pada Lukisan Berusia 400 Tahun

Pada awalnya, Nike dikenali sebagai Blue Ribbon Sports dan ia diasaskan oleh Phill Knight dan Bill Bowerman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jenama Nike adalah antara jenama sukan yang cukup dikenali serata dunia.

Mula dikenali secara rasmi pada 25 Januari 1964, kebiasaannya logo Nike hanya akan ditemui di pusat membeli belah ataupun di taman permainan mahupun kedai barangan sukan.

Logo Nike Pada Lukisan Yang Berusia 400 Tahun

Namun, berbeza dengan seorang pengunjung di Galeri Nasional London (National Gallery) ini, apabila dia tanpa sengaja telah menemui logo Nike pada sebuah lukisan yang berusia 400 tahun.

Memetik laporan Metro UK, Fiona Foskett yang berusia 57 tahun bersama anak perempuannya Holly, mengesan logo Nike pada kasut dalam lukisan yang dikenali sebagai ‘Potret Federick Sluysken’ yang dihasilkan oleh Ferdinand Bol pada abad ke-17.

“Saya berkata kepada anak perempuan saya, ‘Sekejap, adakah dia memakai sepasang kasut Nike?’,” katanya.

Potret Berusia 400 Tahun, Kasut Nike Pula Diasaskan Pada Tahun 1964

Foskett menganggap lelaki dalam lukisan tersebut telah mendapat kasut Nike yang paling awal yang pernah dihasilkan.

Malah, dia juga menganggap lelaki dalam lukisan berkenaan merupakan seorang pengembara masa.

“Melihat pada usia lukisan ini, dia pasti telah mendapatkan sepasang kasut Nike paling awal pernah dihasilkan. Atau adakah dia seorang pengembara masa?” kata Foskett.

Namun, dakwaan Foskett disangkal memandangkan potret itu telah berusia 400 tahun manakala jenama Nike hanya diasaskan pada tahun 1964.

Lukisan Tidak Dipamerkan Lagi

Kini, potret itu tidak lagi dipamerkan di Galeri Nasional, London. Walaubagaimanapun, menurut jurucakap galeri berkenaan, pihaknya gembira apabila lukisan berkenaan mendapat perhatian.

Semakan di Twitter mendapati, gambar lukisan tersebut pernah dikongsikan di Twitter sekitar Ogos tahun lalu.

“Ia mencuri tumpuan apabila kami mengalihkan satu ciapan Twitter yang meminta orang ramai melihat ciri-ciri moden pada kasut budak lelaki berusia lapan tahun dalam potret itu,” katanya.

Untuk info, ‘Potret Frederick Sluysken’ itu dihasilkan oleh artis seni Belanda, Ferdinand Bol pada abad ke-17. Potret ini menggambarkan seorang anak peniaga wain dan ia merupakan salah satu hasil karya terbaik oleh Ferdinand Bol.

Baca Artikel Berkaitan: Kisah Nike Sebelum Jadi Jenama Meletop Dan Dikenali Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kreatif! Wanita Cetak Resume Atas Kek & Hadiahkan Kepada Nike Sebagai Cubaan Untuk Minta Kerja

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.