fbpx
Now Reading
Wanita Bakar Kereta & Tikam Suami Kerana Kerap Dibandingkan Dengan Bekas Isteri

Wanita Bakar Kereta & Tikam Suami Kerana Kerap Dibandingkan Dengan Bekas Isteri

Wanita yang dikenali sebagai Tik, menikam suaminya ketika mangsa sedang bermain bersama anjing peliharaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lumrah manusia takkan terlepas dari suka membuat perbandingan. Namun, siapa sahaja dalam dunia ini yang suka dibandingkan.

Benci Dibandingkan Dengan Bekas Isteri Oleh Suami

Akibat berang dengan suami yang sering membandingkan dirinya dengan bekas isteri, seorang wanita di Wilayah Chon Buri, Thailand telah bertindak menikam lelaki berkenaan sebelum membakar keretanya.

Wanita yang dikenali sebagai Tik itu, menikam suaminya ketika mangsa sedang bermain bersama anjing peliharaan.

Menurutnya, dia sudah lama bersama dengan suaminya, namun suaminya dikatakan tidak pernah berpuas hati dengan setiap apa yang dilakukan.

“Saya dan suami sudah lama bersama. Dia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang saya lakukan untuknya. Baginya, saya tidak dapat menandingi bekas isterinya,” katanya.

“Saya marah dan perkara itu menyebabkan pergaduhan. Jadi saya tikam dia dua kali. Apabila dia melarikan diri, saya membakar keretanya,” tambahnya lagi.

Suami Cedera Di Lengan dan Bahu Kanan

Mangsa, Samart Kengparn yang berusia 36 tahun cedera di lengan dan bahu kanan akibat daripada dua tikaman tersebut.

Kereta jenis Nissan Navara milik Samart turut terbakar ketika dia sedang cuba mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Chon Buri bagi mendapatkan rawatan.

Anggota dari Balai Polis Samet dan Yayasan Penyelamat Nithi Tri Kunnatham bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki yang cedera pada jam 9.00 malam waktu tempatan.

Polis kemudian menyoal siasat wanita tersebut sebelum menghubungi suaminya untuk membincangkan tindakan undang-undang.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Di Klang Didakwa Upah ‘Pelakon’ RM10,000 Untuk Rompak Dan Bunuh Suami

Baca Artikel Berkaitan:Berdrama’ Menangis Minta Tolong, Wanita Ini Akhirnya Tertangkap Rancang Pembunuhan Suami

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.