fbpx
Now Reading
WhatsApp Kini Benarkan Pengguna ‘Edit’ Mesej Yang Sudah Dihantar

WhatsApp Kini Benarkan Pengguna ‘Edit’ Mesej Yang Sudah Dihantar

Pengguna aplikasi WhatsApp kini boleh mengubah semula mesej dalam masa 15 minit selepas menekan butang hantar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan aplikasi WhatsApp merupakan antara platform media sosial yang sering digunakan oleh masyarakat di Malaysia untuk berkomunikasi.

Mungkin kerana mempunyai ciri paparan yang mudah untuk digunakan maka aplikasi ini telah menjadi pilihan ramai.

Bukan hanya itu, aplikasi ini juga turut mempunyai pembaharuan yang semakin baik dari masa ke semasa.

Sebagai contoh kini pengguna boleh memberi reaksi secara langsung menggunakan emoji kepada mesej yang dihantar oleh seseorang individu.

WhatsApp tampil ciri baharu boleh ‘edit’ mesej dihantar

Terbaharu, aplikasi tersebut telah membawa satu lagi pembaharuan apabila mesej yang telah dihantar boleh di ‘edit’ semula.

Malah ciri ini merupakan antara yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan pengguna, lapor Reuters.

“Untuk saat-saat apabila anda melakukan kesilapan atau mungkin berubah fikiran, anda kini boleh mengedit mesej anda yang telah dihantar di dalam WhatsApp,” kata aplikasi Meta Platform Inc (META.O) menerusi sebuah blig.

Menerusi ciri yang dilancarkan ini, pengguna boleh mengubah suai mesej mereka dalam masa 15 minit selepas butang hantar ditekan.

Selain itu, fungsi ini juga boleh digunakan dengan menekan lama mesej dan memilih ‘edit’ menerusi menu.

Mesej yang sudah diubah suai bagaimanapun akan memaparkan label ‘diedit’.

Mark Zukerberg turut umum di Facebook

Mark Zukerberg menerusi akaun rasminya di Facebook, turut memaklum tentang perubahan tersebut.

Perkara itu turut mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen apabila ada yang merasakan ciri itu membantu mereka dan sebaliknya.

“Ciri ini sangat membantu dan sangat dihargai”

“Kini awak bawa ciri ini selepas saya hantar kepada teman lelaki ‘Ben’ bukannya ‘bae’ dan dia tinggalkan saya”

“Ini menarik. Saya selalu membetulkan mesej sebaik sahaja ia dihantar..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.