fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Kreatif Buat Alat Muzik Guna Botol Minuman Undang Pelbagai Reaksi

Kanak-Kanak Kreatif Buat Alat Muzik Guna Botol Minuman Undang Pelbagai Reaksi

Namun ramai salah sangka apabila bentuk reka cipta yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut dikatakan seperti ‘Bong’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya sibuk meneroka dunia mereka, malah ketika inilah ibu bapa dapat melihat daya pemikiran si kecil.

Bukan hanya itu, minat dan bakat mereka juga dapat dilihat sejak kecil lagi sebagai contoh ada kanak-kanak lebih ke arah seni seperti muzik, nyanyian, melukis, mereka cipta dan sebagainya.

Kreativiti dan sifat ingin tahu mereka pada fasa sedang membesar ini jika digilap pasti mampu mencorak dan membentuk masa depan yang lebih baik.

Disebabkan itu kebanyakan ibu bapa dan para guru akan mengasah kemahiran dan bakat anak-anak ini dengan pelbagai silibus serta kaedah pembelajaran termasuk menghasilkan alatan muzik sendiri (DIY) yang kebiasaanya diajar oleh cikgu pendidikan muzik.

Kanak-kanak hasilkan alat bunyi undang perhatian

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak menunjukkan hasil reka ciptanya namun lain pula reaksi yang diberikan oleh netizen.

Menerusi video dikongsikan oleh Pak Mat Satey, pada awalnya kanak-kanak itu menunjukkan satu alat muzik tiup buatan sendiri yang diperbuat daripada bahan kitar semula seperti straw, paip dan juga botol plastik minuman Vitagen.

Perakam video itu kemudian meminta kanak-kanak tersebut meniup alat tersebut dan ia menghasilkan bunyi yang kuat.

Kanak-kanak berkenaan kemudian meniup satu lagi ‘alat muzik tiup’ DIY tersebut dan ternyata not muzik (musical note) nya adalah berbeza dan sedikit tinggi dari yang sebelumnya.

Mungkin berasa bangga dengan hasil ciptaannya itu dia kemudian tersenyum sebaik sahaja menunjukkan alat tersebut.

Ramai salah sangka melihat bentuk alat tersebut

https://www.tiktok.com/@pakmatsatey/video/7236297202749017362

Meskipun alat itu hanya menghasilkan bunyi, namun rupa bentuknya menyebabkan ramai yang menyamakannya dengan ‘bong’.

‘Bong’ merupakan satu alat yang digunakan oleh penduduk di luar negara untuk menghisap tembakau dan ganja di mana ia akan menghasilkan asap yang banyak apabila disedut.

Walau bagaimanapun, di negara ini aktiviti atau gejala tersebut yang berkait dengan ganja adalah dilarang dan mereka yang tertangkap boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pun begitu ada yang memuji kanak-kanak berkenaan kerana berjaya menghasilkan alat muzik tiup buatan sendiri dengan nota bunyi yang berbeza.

Malah ada yang merasakan bunyi yang dihasilkan membuatkan mereka teringat dengan bunyi horn di dalam filem Avatar The Last Airbender.

Namun semakan kami mendapati video berkenaan sudah pun diturunkan dari aplikasi TikTok.

Berikut antara komen yang diberikan netizen:

“Terkejut abang dik, ingatkan botol merapatkan ukhwah antara jemaah musyarwarah”

“Jangan bakar dik nanti ke bulan”

“Mula-mula tiup keluar bunyi, selang seminggu sedut keluar asap”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.