Peniaga Kecewa 40 Balang Nutella Pecah Semasa Menaiki Pesawat, Ini Penjelasan Juruterbang Dari Sudut Teknikal [Video]

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video luahan kekecewaan seorang peniaga apabila bahan makanan yang dibawa ke Sarawak telah rosak.

Difahamkan, peniaga tersebut menggunakan penerbangan domestik untuk menghantar bahan makanan terbabit bagi tujuan berniaga di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.

40 balang Nutella dan coklat putih pecah

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ojennn_aiwahh, peniaga terbabit mendakwa 40 balang Nutella dan coklat putih yang dibawa menaiki pesawat mengalami kerosakan.

“Campak ke barang saya? Saya mahu penjelasan. 40 tub Nutella dan white chocolate pecah. Allahuakhbar macam mana nak berniaga ni,” tulisnya dalam video.

@ojennn_aiwahh

Tolong saya viralkan habis pecah semua apeni @AirAsia @AirAsiaAirlines

♬ Satu Rasa Cinta Tolis (Acoustic) – Mohirfandi

Pun begitu, seorang juruterbang yang dikenali sebagai Abang Captain tampil memberi penjelasan secara teknikal tentang kemungkinan yang berlaku terhadap balang Nutella dan coklat putih yang pecah itu.

Kabin bertekanan untuk imbangkan tekanan udara dalam pesawat

Menurutnya, untuk memastikan para penumpang dan krew kapal dapat bernafas seperti biasa sewaktu di udara, kaedah kabin bertekanan (cabin pressurization) akan digunakan. Ianya untuk mengimbangkan tekanan udara di dalam kapal terbang ekoran dari altitud yang semakin tinggi

“Kapal terbang akan beri tekanan supaya kita boleh bernafas macam biasa dekat atas langit. Sebab bila kita terbang makin tinggi, udara makin nipis dan tekanan makin rendah.

“Kita taknak lemas dalam tu, jadi apa kapal terbang buat, kita akan pam masuk udara melalui saluran pendingin hawa supaya kabin ‘kembang’ (ada tekanan) sama macam kita duduk atas darat,” katanya.

Tekanan udara dalam kabin akan menyebabkan barang lain turut kembang

Jelasnya lagi, apabila tekanan udara dimasukan ke dalam kabin, sebahagian barangan lain terutamanya cecair akan turut ‘berkembang’ atau dalam bahasa mudahnya terkeluar dari dalam bekasnya.

“Jadi apabila proses kapal terbang pam udara masuk dalam kabin untuk bagi kembang, benda lain terutamanya air gas akan kembang dan boleh meletup.

“Jadi mungkin, saya tak cakap sebab utama tapi mungkin sebab Nutella tu semua liquid (cecair) kan jadi bila diberi tekanan ada kemungkinan udara yang kembang tu menyebabkan Nutella itu terkeluar dari bekas dia,” jelasnya lagi.

Tak pasti isu sebenar yang terjadi, hanya beri penjelasan secara teknikal

Berkongsi lanjut, dia menyatakan tidak pasti sama ada isu tersebut melibatkan tekanan udara ataupun barang dicampak oleh pekerja.

Selain itu, dia turut menegaskan penjelasan yang diberikan olehnya itu hanyalah secara teknikal untuk pengetahuan umum tanpa mewakili mana-mana syarikat penerbangan.

Untuk info, menurut Sky Brary, bagi membolehkan pesawat terbang di ketinggian yang tinggi. kapal terbang akan melalui proses ‘pressurized’ bagi membolehkan penumpang dan krew kapal bernafas tanpa memerlukan oksigen tambahan.

Ruang di dalam kabin adalah kedap dan ditekan dengan menggunakan udara yang dikeluarkan oleh enjin pesawat.

Recent Posts

  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

1 min ago
  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

3 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

3 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

4 hours ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

4 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

4 hours ago