Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Seorang petani di Thailand yang dikenali sebagai Sombat Thamelae mahu menjual kerbau gergasi kesayangannya dengan harga 50 juta baht (RM6.6 juta).
Kerbau air yang diberi nama Petch Lamkong yang berusia tiga tahun dan lima bulan itu dibeli dengan harga 7 juta baht (RM930,315) di sebuah ladang yang terletak di Wilayah Bueng Kan pada pertengahan tahun lalu.
Telah Menang Pelbagai Pertandingan
Menurut Sombat, kerbau air seberat 1,400 kilogram itu telah menjuarai beberapa pertandingan di Thailand.
Malah, pada dua hari yang lepas, kerbau itu baru sahaja bergelar juara dalam Pertandingan Kerbau Gergasi Phitsanulok Edisi Keenam.
Petch menjuarai pertandingan itu apabila berjaya mengalahkan kerbau lain yang kelihatan kerdil jika dibandingkan dengan saiznya.
Antara syarat penyertaan pertandingan tersebut adalah kerbau-kerbau yang bertanding perlu mempunyai berat sekurang-kurangnya 1,000 kilogram.
Tiada Keperluan Menjual Peth
Sombat menyatakan, buat masa ini, dia tiada keperluan untuk menjual Petch kerana baginya, banyak lagi pencapaian yang boleh dicapai.
Walau bagaimanapun, Sombat tidak menolak sekiranya ada pembeli yang betul-betul berminat untuk membeli Petch.
Namun, dia akan menjual Petch dengan harga 50 juta baht (RM6.6 juta). Menurutnya lagi, air mani Petch juga boleh dijual dengan harga mencecah jutaan baht.
Harga ini menjadikan Petch sebagai kerbau yang paling mahal di Thailand.