fbpx
Now Reading
Tunggu 8 Bulan Tapi Sempat Pandu 2 Jam Sahaja, Keluarga Tabah Kereta Alza Baharu Terlibat Kemalangan

Tunggu 8 Bulan Tapi Sempat Pandu 2 Jam Sahaja, Keluarga Tabah Kereta Alza Baharu Terlibat Kemalangan

Difahamkan, kereta Perodua Alza model baharu itu baru sahaja diambil mereka sekeluarga di Kuala Lumpur untuk dibawa pulang ke Johor Bahru.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali membeli kenderaan baharu yang mempunyai permintaan yang tinggi, pasti proses menunggu kereta yang telah ditempah itu memakan masa yang lama sehingga berbulan-bulan.

Keterujaan dan perasaan tidak sabar untuk memandu kereta baharu dan membawa keluarga berjalan-jalan itu pastinya sentiasa bermain di dalam fikiran.

Gembira tukar duka, kereta ditunggu selama 8 bulan hanya dipandu 2 jam

Bagaimanapun, siapa sangka sebuah keluarga ini hanya dapat bergembira menaiki kereta baharu mereka selama dua jam sahaja apabila kereta baharu yang ditunggu selama lapan bulan itu terlibat dalam satu kemalangan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Ea Sya, kereta tersebut baru sahaja diambil mereka sekeluarga di Kuala Lumpur untuk dibawa pulang ke Johor Bahru.

Kereta Perodua Alza baharu dirempuh dari belakang

Difahamkan, kemalangan berlaku selepas kereta jenis Perodua Alza baharu yang dinaiki mereka telah dirempuh dari arah belakang oleh kenderaan lain semasa di atas lebuh raya.

“Malang tak berbau, kegembiraan kami membawa duka dan tragis untuk keluarga Kami. Kereta baru ambil dari Kuala Lumpur dalam perjalanan balik ke Johor Bahru, 2 jam pandu sudah kena langgar dari belakang.

“Hanya Allah sahaja tahu rasa terkilan Kami. Tunggu Alza 8 bulan pakai 2 jam sudah kena langgar. Doakan kami sekeluarga kuat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan perkongsian gambar, kelihatan terdapat kesan remuk yang teruk di bahagian hadapan dan belakang kereta Alza baharu berwarna hitam itu.

Ramai simpati dan doakan nasib keluarga tersebut

Memindai ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa simpati mereka terhadap nasib keluarga itu.

Malah mereka turut mendoakan agar urusan keluarga terbabit dipermudahkan dan ada juga yang memberi cadangan agar pemilik kereta mengisytihar kenderaan tersebut sebagai ‘total lost’ serta meminta dia melakukan proses ‘claim insurance’ secara terus tanpa menggunakan pihak ketiga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.