fbpx
Now Reading
Tular Harga Sebekas Petai RM113.90 Buat Ramai Ternganga [Video]
petai mahal

Tular Harga Sebekas Petai RM113.90 Buat Ramai Ternganga [Video]

Menerusi semakan kami di laman vendor yang menjual barangan di pasar raya berkenaan secara online mendapati harga purata bagi 100g Petai adalah sekitar RM13 hingga RM15.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan segelintir masyarakat di Malaysia ini mula merasakan beban apabila kos sara hidup mula meningkat.

Perkara ini adalah disebabkan beberapa harga barangan seperti makanan mula meningkat hingga menyebabkan masyarakat khususnya B40 terkesan.

Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan kerajaan agar masyarakat dengan pendapatan kecil seperti B40 masih dapat membeli makanan yang berkualiti dan sihat.

Petai berharga RM113.90 jadi perhatian

Terbaharu, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @ladyrara017 memaparkan beberapa bekas petai dengan tanda harga yang begitu mahal dipercayai di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan, perakam tersebut berasa terkejut dan keliru apabila melihat petai yang dijual dalam satu bekas berharga RM113.90.

Malah jika dilihat, berat petai yang sudah dikupas kulitnya itu dipercayai tidak melebihi daripada 300g.

Bimbang jika tersalah lihat, petai mungkin kualiti premium

Pemilik video turut tertanya-tanya adakah dia tersilap melihat harga petai tersebut kerana ia sangat mahal.

“Adakah saya tersalah tengok? Petai sangat mahal sekarang? Inflasi,” tulisnya.

Jika dilihat di dalam deskripsi harga itu, petai tersebut dipercaya berasal dari Malaysia atau Thailand dengan pelbagai saiz dan daripada kualiti tinggi iaitu gred 1. Pun begitu tiada jumlah berat yang khusus bagi setiap bekas petai yang dijual berkenaan.

Semakan kami di laman vendor yang menjual barangan dari pasar raya berkenaan secara online mendapati harga purata bagi 100g Petai dari Thailand adalah sekitar RM13 hingga RM15.

Penularan video tersebut di media sosial nyata telah menarik perhatian netizen apabila ramai mula membincangkan tentang harga petai terbabit.

Ada yang secara berseloroh berkata jika benar harga petai adalah semahal itu, mereka sudah bersedia untuk menanam pokoknya di belakang rumah.

Mungkin tanda harga untuk 1 kg

Tidak kurang juga ada yang mengatakan harga RM113.90 yang dipaparkan itu bukanlah untuk sebekas petai sebaliknya bagi satu kilogram.

Jika benar penjelasan tersebut ini bermakna harga bagi sebekas petai sekiranya seberat 100g adalah RM RM11.30 sahaja yang boleh dikategorikan sebagai murah.

“Ia bukan petai biasa”

“Saya akan mula menanam pokok petai di belakang rumah”

“Mungkin ada emas kot dalam tu”

“Ni petai T20”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.