Lelaki Thailand Panas Baran, Dera & Paksa Teman Wanita Makan Najis Anjing
Lelaki yang dikenali sebagai Fin dikatakan mengalami masalah panas baran sejak empat ke lima tahun yang lepas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang lelaki di Thailand mengaku mendera kekasihnya yang berusia 25 tahun dengan bertindak memukul dan memaksa mangsa makan najis anjing peliharaan wanita berkenaan.
Lelaki yang berusia 24 tahun itu juga dipercayai bertindak kejam dengan membunuh sebanyak enam ekor anjing peliharaan wanita itu.
Tumbuk & Tendang Teman Wanita, Paksa Makan Najis Anjing
Memetik Thaiger, wanita yang dikenali sebagai ‘A’ hadir ke Balai Polis Bang Bo, Samut Prakan, Thailand bersama peguamnya bagi memfailkan tiga pertuduhan terhadap lelaki berkenaan.
Peguam, Kanthas Gun Jompalang Phongphaibookvej berkata, lelaki yang dikenali sebagai Fin didakwa atas tiga kesalahan iaitu serangan, penahanan secara tidak sah dan penderaan haiwan.
Menurut Khantas, Fin didakwa menumbuk dan menendang A dengan kerusi, mop dan kipas hingga menyebabkan A luka di mata, muka, lengan dan kakinya.
Bunuh Anjing Teman Wanita & Ganti Dengan Yang Baharu
Tambahnya lagi, setiap kali Fin bertindak ganas terhadap A, anjing peliharaan wanita itu akan ketakutan sehingga menyebabkan anjing itu membuang air besar di dalam rumah.
Ekoran daripada kejadian itu, Fin memaksa wanita berkenaan memakan najis anjing tersebut sebelum mencekik anjing berkenaan hingga mati.
Menyesal dengan tindakannya itu, Fin akan mengganti dan membeli anjing peliharaan yang baharu.
Malangnya, dia akan mengulangi perbuatan yang sama sehingga menyebabkan enam ekor anjing telah mati dibunuh olehnya.
Fin juga dikatakan pernah menghina keluarga A malah pernah mendera bekas teman wanitanya dan memukul kucing sehingga buta.
Jalin Hubungan Selama Setahun, Harap Kekasih Berubah
Pasangan ini dikatakan telah menjalin hubungan selama setahun. Namun, sejak tiga bulan yang lepas, perangai Fin dikatakan berubah menjadi seorang yang panas baran.
Namun, A didakwa masih lagi bertahan dengan perangai lelaki terbabit kerana bersimpati dengan Fin yang pernah mempunyai sejarah hitam kerana dibesarkan dalam keluarga yang bermasalah.
Wanita itu juga turut mengharapkan teman lelakinya berubah namun harapannya tidak kesampaian.
Kerana tidak tahan dengan penderaan yang dibuat terhadapnya, A bertindak menyelamatkan diri dan membuat laporan polis berhubung tindakan teman lelakinya.
Pukul Kerana Teman Wanita Tidak Dengar Cakap, Akui Ada Sifat Baran
Menurut Fin, dia bertindak untuk memukul A kerana teman wanitanya itu dikatakan degil dan dia tidak boleh mengawal kemarahan. Malah dia juga mengaku bahawa dia turut memberi layanan yang sama kepada bekas kekasihnya.
Fin juga turut mengaku membunuh anjing-anjing peliharaan teman wanitanya. Dia dikatakan bertindak demikian kerana tidak boleh mengawal emosi serta ditambah dengan cuaca yang panas yang mendorong dia berkelakuan sedemikian.
Dia juga mengaku menghadapi masalah ‘panas baran’ sejak empat hingga lima tahun yang lepas namun tidak pernah mendapatkan rawatan.
Jiran-jiran pasangan ini juga turut mendakwa sering terdengar suara lelaki menengking dan memukul perempuan. Namun, mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana Fin dikatakan pernah mengugut mereka menggunakan pisau.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Mabuk & Dera Isteri, Ini Respon Balas Daud Kim
Baca Artikel Berkaitan: Suami Dipenjara 5 Bulan, Pukul Isteri Guna Kerusi Hingga Cedera Di Kepala