fbpx
Now Reading
“Mata Berkaca” – Ramai Mengalir Air Mata Lihat Lelaki Akhirnya Bertemu Ibu Kandung Lepas 48 Tahun Terpisah [Video]

“Mata Berkaca” – Ramai Mengalir Air Mata Lihat Lelaki Akhirnya Bertemu Ibu Kandung Lepas 48 Tahun Terpisah [Video]

Menurut Eyda, Sufian telah terpisah dengan ibu sejak 48 tahun lalu dan pertemuan dua beranak itu membuatkan ramai sebak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ibu merupakan antara insan yang penting dalam kehidupan kebanyakan anak-anak, malah wanita inilah yang banyak berkorban seperti melahirkan, mendidik, membesarkan anak serta banyak lagi.

Tetapi tidak semua di antara kita berpeluang untuk merasai kasih sayang seorang ibu apabila ada yang diuji dengan kehilangan sejak kecil, terpisah atas sebab tertentu dan sebagainya.

Oleh itu, pelbagai perkara dilakukan untuk mencurahkan rasa kasih sayang kepada ibu sebagai contoh mendoakan kesejahteraannya dan ada juga yang mengambil peluang untuk mencari semula wanita istimewa itu apabila sudah besar.

48 tahun terpisah, akhirnya bertemu ibu kandung semula

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @eyda_badri yang memaparkan kisah suaminya yang berjaya menemui ibu kandung selepas 48 tahun terpisah.

Menerusi video tersebut, mereka dari Seri Kembangan, Selangor telah berkunjung rumah ibu kandung suaminya yang terletak di Machap, Johor.

Sabar menanti ibu sebelum keluar berjumpa

Turut kelihatan suami Eyda sabar menanti wanita istimewa itu keluar untuk berjumpa dengannya sebelum pergi bersalam.

Dia kemudian bertanya kepada wanita berkenaan adakah si ibu mengenali dirinya, namun wanita itu berkata dia tidak mengingati siapakah gerangan lelaki tersebut.

Suaminya kemudian menyebut nama bapa dan juga namanya adakah dia mengenali gerangan tersebut.

“Kalau Sufian tu siapa?” tanya suaminya sebelum wanita berkenaan berkata itu adalah anaknya.

@eyda_badri

ni sy kongsikan video ori misi mencari ibu suami. terima kasih bnyk² pd yg membantu km mencari, #fypシ alhamdulillah

♬ bunyi asal – eyda badri – eyda badri

Halang ibu dari ingat kisah lalu, ibu menangis lepas tahu siapa lelaki tersebut

Sebelum mengetahui Sufian yang di hadapannya itu merupakan anak kandung, wanita berkenaan cuba menceritakan bagaimana mereka boleh terpisah namun ia dihalang oleh lelaki berkenaan kerana tidak mahu mengenang kisah lalu.

Sebaik sahaja lelaki itu memberitahu dia adalah Sufian yang dimaksudkan, si ibu lalu menangis mungkin kerana tidak menyangka akhirnya bertemu dapat dengan anak yang sudah lama terpisah

“Inilah dia, inilah orang dia mak. Saya sekarang dah 48 tahun,” kata Sufian dalam keadaan sebak.

Akhirnya jumpa bapa saudara yang hilang

Di ruangan komen, dipercayai seorang individu adalah cucu kepada wanita berkenaan menyatakan mungkin ini adalah bapa saudaranya yang hilang selama ini.

Ramai sebak lihat pertemuan dua beranak

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut mengalirkan air mata dan terharu dengan pertemuan dua beranak itu.

Tidak kurang juga ada yang memuji sikap Sufian yang tidak mahu ibunya mengingat lagi kisah lampau.

“Bagus anaknya, mak nak mula cerita kisah lama tapi ditolak. Yang penting ibu kandung depan mata.. siapa tak sedih.. kisah lalu tersimpan bia lah tersimpan”

“Mata masuk habuk wei”

“Eh kenapa berkaca mata aku ni.. alhamdulillah dapat bersama semula anak dan ibu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.