fbpx
Now Reading
Nak Turun Berat Badan? Lihat Gambar Makanan Boleh Bantu Kawal Rasa Lapar, Kata Penyelidik

Nak Turun Berat Badan? Lihat Gambar Makanan Boleh Bantu Kawal Rasa Lapar, Kata Penyelidik

Menurut penyelidik di Denmark, selepas melihat 30 gambar coklat peserta lebih berpotensi untuk mengambil kuantiti kurang dari kebiasaanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktiviti seperti makan merupakan keperluan yang penting untuk dilakukan oleh setiap manusia bagi meneruskan kehidupan.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir daripada masyarakat di dunia ini tidak dapat menahan diri untuk makan disebabkan sering berasa lapar.

Perkara ini berlaku disebabkan pelbagai perkara antaranya seseorang itu mungkin mengalami masalah berat badan, emosi dan sebagainya hingga membuatkan mereka sukar mengawal rasa lapar.

Lihat gambar makanan boleh bantu kawal selera makan

Namun ia mungkin mempunyai jalan penyelesaiannya kerana saintis di luar negara menyatakan dengan melihat gambar makanan ia dapat membantu mengawal selera makan.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu untuk menurunkan berat badan, lapor Daily Mail.

Penyelidik di Denmark mendapati peserta yang melihat 30 gambar coklat M&M sekurang-kurangnya untuk dua saat bagi setiap gambar dan membayangkan sedang memakan makanan tersebut akan berasa lebih kenyang.

Malah ia turut membuatkan mereka mahu mengurangkan kuantiti makanan selepas melihat gambar-gambar tersebut.

Tindakan lihat gambar makanan boleh merangsang otak

Para saintis mencadangkan bahawa tindakan melihat gambar itu dapat membantu merangsang satu kawasan di dalam otak untuk memberitahu seolah-olah mereka telah memakan makanan tersebut.

Oleh itu, ia berpotensi untuk membuatkan mereka berasa kenyang dan dapat menurunkan berada badan dengan usaha yang minimum.

Menurut seorang penuntut PhD Tjark Anderson menyatakan seorang saintis makanan di universiti dan mengetuai penyelidikan tersebut berkata anda akan menerima tindak balas fisiologi kepada sesuatu yang difikirka

“Kerana itulah kita boleh berasa puas meskipun tidak mengambil sebarang makanan,” katanya.

Seramai 1,000 peserta terlibat dalam kajian ini

Seramai 1,000 orang telah terlibat di dalam kajian ini dan mereka turut dibahagikan kepada tiga kumpulan berasingan. Bukan itu sahaja kajian ini turut diterbitkan di dalam jurnal Appetite.

Dalam eksperimen pertama, peserta ditunjukkan gambar M&M berwarna oren sebanyak tiga hingga 30 kali.

Mereka kemudian ditanya beberapa soalan seperti berapa banyak coklat yang mereka mahukan.

Peserta melihat gambar 30 kali mempunyai rasa kurang untuk makan coklat

Keputusan menunjukkan mereka yang melihat gambar sebanyak tiga kali lebih berkemungkinan berhasrat untuk makanan coklat tersebut berbanding individu yang telah melihat imej berkenaan sebanyak 30 kali.

Jelasnya, mereka juga meminta jumlah purata 6.2 daripada 10 berbanding purata 5.7 dalam kumpulan yang melihat gambar lebih banyak.

Bagi eksperimen kedua perkara yang sama masih dilakukan hanya ia diubah kepada warna namun ia tetap menunjukkan keputusan yang sama.

Eksperimen ketiga pula, coklat tersebut telah ditukarkan kepada Skittles dengan pelbagai warna dan rasa yang berbeza namun keputusan masih sama seperti sebelumnya.

“Jika warna tidak memainkan peranan ia mesti dibayangkan rasa (fikirnya) tetapi ia tetap tidak memberi kesan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.