fbpx
Now Reading
Respon Gen Z Menyedihkan, Kenal Lisa Blackpink Tapi Tak Kenal Tunku Abdul Rahman [VIDEO]

Respon Gen Z Menyedihkan, Kenal Lisa Blackpink Tapi Tak Kenal Tunku Abdul Rahman [VIDEO]

Gambar pertama menunjukkan foto artis Korea iaitu Lisa Blackpink manakala gambar kedua menunjukkan potret Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada tahun 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tindakan ini bukan untuk membebankan pelajar, namun ia adalah sebagai langkah untuk mendidik pelajar menjadi warganegara yang baik.

Ini kerana subjek Sejarah merupakan antara subjek yang kurang mendapat tempat di hati pelajar.

Meskipun Sejarah telah menjadi antara subjek wajib lulus SPM, masih ada lagi golongan muda yang tidak kenal tokoh penting yang terlibat dalam kemerdekaan negara.

Respon Yang Mengejutkan

Baru-baru ini, tular satu video eksperimen sosial seorang lelaki yang menguji pengetahuan am khususnya golongan muda di salah sebuah pusat membeli belah.

Menerusi video Tik Tok itu, lelaki berkenaan dilihat menunjukkan gambar di dalam telefon bimbitnya dan bertanyakan kepada tiga orang gadis tentang nama personaliti yang terdapat dalam gambar tersebut.

Gambar pertama menunjukkan foto artis Korea iaitu Lisa Blackpink manakala gambar kedua menunjukkan potret Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Respon ketiga-tiga gadis itu amat mengejutkan. Mereka dilihat mampu menjawab dengan yakin dan mengenali nama individu dalam gambar pertama.

Namun, apabila tiba digambar yang kedua, mereka teragak-agak dan tidak tahu nama individu yang terdapat dalam gambar tersebut.

“Alamak, tak kenallah bang. Tolong aku!”, kata gadis berbaju oren di dalam video. Malah dia juga turut meminta bantuan rakannya untuk membantu menjawab tentang nama tokoh berkenaan.

“Tokoh kan? Apa nama ni..dalam buku teks Sejarah ada,” kata rakannya. Namun, rakannya juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.

Apa yang lagi mengejutkan adalah apabila lelaki berkenaan menguji pengetahuan mereka sekali lagi dengan menyatakan gambar kedua adalah Datuk Seri Najib Razak.

Kedua-dua gadis itu mengiyakan apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut.

Rata-rata netizen memberikan reaksi dan respon yang negatif. Kebanyakan netizen berang dengan sikap sesetengah golongan muda pada masa kini yang tidak kenal dan menghargai sejarah negara.

Foto: Twitter @BigIdeasMY

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.