“Saya Boleh Bertudung Kan?”- Wanita Terus Berhijab Selepas Diajar Kalimah Syahadah Oleh Ebit Lew [Video]
Wanita yang dikenali sebagai Paweena itu menyatakan bahawa hari tersebut merupakan hari yang paling bahagia dalam dirinya yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Nama penceramah terkenal, Ebit Lew memang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia, bahkan dia juga terkenal di serata dunia kerana sering melakukan amal kebajikan.
Baru-baru ini, Ebit Lew berkongsi di laman media sosial mengenai dirinya membantu seorang wanita yang dikenali sebagai Paweena untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, wanita itu menyatakan kepada Ebit Lew bahawa hari tersebut merupakan hari paling bahagia dalam dirinya yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.
“Alhamdulilah, baru bawa Miss Paweena memeluk Islam. Ucap syahadah dan terus daftarkannya. Allah sayang Paweena. Tiadalah yang lebih berharga di dalam hidup melebihi dapat dekat dengan Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Wanita itu terus pakai hijab dan tukar baju selepas peluk Islam
Lebih menyentuh hati apabila wanita tersebut terus bertanya adakah dirinya kini sudah boleh memakai hijab sebelum dia dilihat menukar baju dan pakaiannya menjadi seorang muslimah.
Menurut Ebit Lew, Paweena yang kini bergelar seorang mualaf itu sebelum ini menghubungi dirinya melalui Facebook untuk bertanya soalan berkenaan agama Islam.
“Syukur pada Allah. Saya ajar syahadah dan Islam kemudian terus dafarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Semoga Allah bantu Paweena untuk terus belajar Islam.”
Ebit Lew
Wanita terus berhijab lepas peluk Islam buat ramai terharu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memanjatkan rasa syukur serta sebak melihat wanita itu memeluk Islam.
Tidak hanya itu, mereka juga terharu apabila Paweena terus memakai hijab selepas memeluk agama Islam.
“MasyaAllah, SubhanAllah, AllahuAkhbar”
“MasyaAllah TabarakaAllah, Alhamdulilah”
“Aku pula berasa berair mata tengok dia ucap syahadah”