fbpx
Now Reading
Wakil Geng Pelangi Aju Soalan Sering Dicop Ahli Neraka, Jawapan Habib Umar Buat Ramai Tersentuh [Video]

Wakil Geng Pelangi Aju Soalan Sering Dicop Ahli Neraka, Jawapan Habib Umar Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menurut Habib Umar, kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT secara berterusan dan tidak terputus agar mendapat rahmat dan petunjuk daripadaNya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai LGBT hangat diperkatakan oleh orang ramai di dalam media sosial selepas beberapa pihak tidak bersetuju dengan kehadiran kumpulan rock Britain, Coldplay ke Malaysia kerana dikatakan menyokong golongan terbabit.

Tidak hanya itu, tular juga isu mengenai pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerbu beberapa butik jam tangan Swatch dan merampas barangan dari koleksi “Pride Collection” yang dikaitkan dengan LGBT.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: KDN Serbu & Rampas Jam Tangan Swatch Dikaitkan Dengan Geng “Pelangi”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Siapa Sokong Kehadiran Coldplay Maknanya Dia Sokong ‘Geng Pelangi’, Kata Ustaz Ahmad Dusuki [Video]

Walaupun isu tersebut masih hangat dibahaskan memandangkan sesetengah pihak dilihat memberi sokongan terhadap golongan songsang tersebut, namun ia tidak boleh menjadi alasan untuk menolak hukum yang telah ditetapkan Allah SWT.

Wakil golongan LGBT aju soalan kepada Habib Umar

Seperti baru-baru ini, tular satu video di media sosial seorang wakil golongan LGBT di Malaysia tampil mengajukan soalan kepada tokoh ulama besar dunia Islam, Habib Umar bin Hafidz tentang pendapat beliau terhadap golongan itu yang sering dilabel masyarakat sebagai ‘ahli neraka’.

“Saya nak tanya Habib, kebanyakan orang telah pun meletakkan hukuman terhadap golongan seperti kami (LGBT) adalah di neraka.

“Jadi saya nak tanya Habib, apa pendapat Habib terhadap golongan-golongan transgender atau LGBT di dunia ini, kerana kami sendiri masih mencari jalan ke Allah (keinsafan),” soal wakil golongan itu.

Soalan itu diajukan olehnya dalam satu majlis agama di Grand Barakah Hotel, Ampang, Selangor semalam (25 Mei)

Menerusi perkongsia video yang dimuat naik akaun TikTok @kandazakiyy, Habib Umar menjawab soalan tersebut dalam bahasa Arab yang kemudiannya diterjemah ke bahasa Melayu oleh pendakwah terkenal, Habib Ali Zainal.

Menurut Habib Umar, dosa ini terbahagi kepada dua iaitu kecil dan besar, dosa kecil dapat diampunkan oleh Allah SWT dengan melakukan kebaikan manakala dosa besar pula hanya boleh dihapuskan dengan cara bertaubat.

Habib Umar kongsi cerita ketua perompak yang jaga hubungan dengan Allah

Habib Umar juga berkongsi cerita mengenai kisah seorang ketua perompak yang tidak meminum kopi kerana sedang berpuasa dengan alasan dia tidak mahu memutuskan hubungan dengan Allah walaupun dengan satu ibadah.

Diceritakan lagi, setelah beberapa tahun, ketua perompak itu kemudiannya melakukan Haji di Mekah dan telah bertemu dengan orang-orang yang pernah menjadi mangsanya.

Mereka yang terkejut melihat bekas ketua perompak itu sudah bertaubat lantas bertanya bagaimana perkara ini boleh berlaku.

Bekas ketua perompak itu kemudian menjawab ini merupakan kesan ibadahnya dulu yang tidak pernah terputus dilakukan sehingga dia mendapat petunjuk daripada Allah SWT untuk berubah.

Harus sentiasa jaga hubungan dengan Allah secara berterusan dan tidak terputus

Jelas Habib Umar, kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT secara berterusan dan tidak terputus agar mendapat rahmat dan petunjuk daripadaNya.

“Jaga hubungan kamu dengan Allah seperti solat lima waktu, zakat, berpuasa pada bulan Ramadan, berbakti kepada ibu bapa, berbaik dengan jiran, dan jangan kamu berlaku zalim kepada anak kecil dan juga orang dewasa.

“Jika kamu jaga hubungan kamu dengan Allah dengan amal-amal tadi, maka Allah pasti akan mengambil tangan kamu untuk diberi rahmat dan diberi petunjuk oleh Allah SWT,” katanya.

Manusia tiada hak menghukum makluk lain, hanya penghujung hidup jadi penentu

Menurutnya lagi, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk menghukum orang lain ke syurga atau neraka kerana yang menjadi penentu adalah penghujung hidup seseorang itu baik atau sebaliknya.

Pada masa yang sama, Habib Umar berkata Allah SWT akan menetapkan dengan kalimat yang baik kepada orang-orang yang beriman di dunia dan juga di akhirat.

Jangan menghukum dan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT

Jelas di sini, jawapan Habib Umar adalah kita semua tidak mempunyai hak untuk menghukum dan menentukan bahawa golongan LGBT ini bakal ke neraka kerana pengakhiran hidup mereka belum diketahui lagi.

Bagi golongan songsang itu pula, janganlah pernah putus melakukan ibadah kepada Allah SWT dan seringkan bertaubat sekirannya ingin mendapat rahmat dan pentunjuk daripadaNya.

Meminta atau mengemis daripada orang ramai untuk memberi sokongan kepada golongan LGBT bukanlah cara untuk mendapat keredaan Allah, sebaliknya hanya menyebabkan masyarakat semakin benci terhadap mereka.

@kandazakiyy

Habib Umar Menjawab Soalan Wakil daripada Golongan LG*T. Rahmat Allah sangat Luas, Hidayah Milik Allah❤️🫶#fyp #fypシ

♬ Music Islami – R22 Music

Ramai bersetuju dan terharu mendengar jawapan Habib Umar

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleh Habib Umar.

Tidak hanya itu, mereka juga tersentuh dengan cara Habib Umar menjawab soalan yang diajukan oleh wakil golongan LGBT itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.