Enggan Tinggal Dengan Ayah, Anak Menangis Terpaksa Berpisah Dengan Ibu Yang Hilang Hak Penjagaan [Video]
Difahamkan, si ibu iaitu Aisyah akan diwakili peguam dari Tetuan Messrs Amin Chambers dari YYCC Legal Team untuk membuat rayuan ke mahkamah bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi, Kuantan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Kasih sayang yang bertaut antara ibu dan anak pastinya sukar untuk dipisahkan, namun jika harus berpisah secara terpaksa tentunya perasaan sedih itu mencengkam jiwa.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial rakaman seorang wanita berpurdah sedang memberi nasihat dan pesanan kepada anak perempuannya dipercayai di sebuah mahkamah.
Mahkamah Tinggi Kuantan putuskan hak penjagaan anak jatuh kepada bapa
Menurut laporan majoriti, Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang telah memutuskan hak penjagaan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun itu yang dikenali sebagai Maisarah kepada bapanya.
Pasangan orang asli itu telah berpisah sebelum si ibu yang dikenali sebagai Aisyah bersama anak perempuannya membuat keputusan untuk memeluk agama Islam.
Bapa bukan islam didakwa zalimi anak ketika di bawah jagaannya
Bagaimanapun, bapanya yang tidak memeluk Islam didakwa menzalimi kanak-kanak itu dengan memaksanya minum arak, mengabaikan anak ini sehingga dia didera dan dibuli selain dia bersedudukan dengan wanita lain tanpa menghiraukan anaknya.
Susulan itu, Aisyah bertindak membawa lari anaknya ke Kuala Terengganu, namun bekas suaminya pula memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan selain meminta bantuan daripada beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyediakan peguam dari firma terkemuka.
Sementara Aisyah pula memohon bantuan pada Biro Bantuan Guaman untuk membantunya di mahkamah.
Mahkamah enggan mendengar pemohonan peguam Aisyah
Namun menurut laporan sama, nasib tidak menyebelahi Aisyah apabila mahkamah pada Khamis lalu (25 Mei) enggan mendengar permohonan dari peguamnya dan memerintahkan kanak-kanak terbabit untuk diserahkan kepada bapanya semula.
Terkini, Aisyah akan diwakili peguam dari Tetuan Messrs Amin Chambers dari YYCC Legal Team untuk membuat rayuan ke mahkamah bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi, Kuantan.
Tular anak dan ibu menangis kerana terpaksa berpisah undang perhatian ramai
Terdahulu, menerusi hantaran video yang dimuat naik @liputan7official, kelihatan pasangan ibu dan anak itu sedang menangis sebelum kedua-duanya berpelukan telah mengundang perhatian ramai.