fbpx
Now Reading
“Dia Touch N Go Je” – Graduan Terlupa Ambil Skrol Sewaktu Konvokesyen Buat Ramai Terhibur [Video]

“Dia Touch N Go Je” – Graduan Terlupa Ambil Skrol Sewaktu Konvokesyen Buat Ramai Terhibur [Video]

Graduan UiTM itu kemudian dengan riak terkejut lantas berpatah balik untuk mendapatkan sijil berkenaan dari Naib Canselor, Dr Hajah Roziah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, konvokesyen adalah majlis universiti yang paling dinanti-nantikan oleh setiap graduan yang sudah menamatkan pengajian dengan jayanya.

Ini kerana majlis tersebut adalah bukti segala usaha gigih mereka sepanjang bergelar mahasiswa terbalas sebaik dianugerahkan segulung sijil.

Namun di sebalik keindahan majlis tersebut, pasti ada terselit momen-momen lucu yang akan menjadi ingatan setiap graduan dan tetamu yang hadir.

Itu yang berlaku kepada seorang graduan dari Universiti Teknonologi Mara (UiTM) apabila dia terlupa untuk mengambil skrolnya sewaktu menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM ke-96.

Menerusi video yang tular di TikTok, Nabilah Abdul Razak pada mulanya bergerak ke tengah pentas selepas namanya diumumkan.

Sebaik tiba di sana, dia lantas menyentuh skrol miliknya dan mengalihkan pandangan ke lensa kamera untuk bergambar.

Namun sebaik selesai, siswazah ini secara bersahaja terus berjalan ke arah laluan keluar pentas tanpa mencapai skrol berkenaan sebelum Naib Canselor, Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor yang menyampaikan sijil memanggilnya.

Nabilah yang baru tersedar kemudian dilihat berhenti dengan riak terkejut sebelum berpatah balik untuk mendapatkan sijil berkenaan dan lantas menutup mukanya sambil berlalu pergi.

@uitm_channel

Kenangan ini mungkin tidak dapat dilupakan oleh beliau sampai bila-bila..Tahniah Kepada Semua Graduan!!! #istiadatkonvokesyenuitm96

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – Universiti Teknologi MARA

Perkongsian video itu tenyata menarik perhatian pengguna TikTok. Ramai yang menyifatkan reaksi terkejut yang diberikan wanita ini membuatkan mereka terhibur.

Menurut seorang netizen yang merupakan rakan sekuliah Nabilah, wanita ini memang dikenali sebagai seorang yang kelakar dan ‘kalut’. Malah dia juga sering menjadi penghibur rakan-rakannya.

Berikut antara komen menarik yang diberikan netizen:

“Classmate kita orang ni memang jenis kalut”

“Mesti dia ingat tengah raptai”

“Ni mest set gambar konvo kena cantik..”

“Selalunya orang terlajak pentas, ini terlajak scroll”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.