fbpx
Now Reading
Separuh Rakyat Malaysia Anggap Rasuah Perkara Normal – Tinjauan

Separuh Rakyat Malaysia Anggap Rasuah Perkara Normal – Tinjauan

Berdasarkan hasil kajian oleh Asian Barometer Survey, golongan berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan luar bandar cenderung untuk menganggap rasuah sebagai amalan yang biasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendefinisikan rasuah sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Rasuah boleh diberikan dalam pelbagai bentuk antaranya seperti wang ringgit, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan atau diskaun.

Contohnya, seorang kontraktor menghadiahkan sebuah rumah kepada seorang pegawai kerana telah meluluskan projek untuk syarikatnya.

Sekeji mana nama rasuah itu sendiri, masih ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan gejala tersebut.

Baca Artikel Berkaitan:

Separuh Rakyat Malaysia Anggap Rasuah Sebagai Perkara Biasa

Terbaharu, satu kajian yang dilakukan oleh Asian Barometer Survey, menunjukkan separuh rakyat Malaysia berpandangan rasuah sebagai satu perkara yang biasa di negara ini.

Menurut Penyelidik Bersekutu Kehormat Universiti Nottingham Malaysia, Dr Bridget Welsh, hasil tinjauan juga menunjukkan golongan berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan luar bandar cenderung untuk menganggap rasuah sebagai amalan yang biasa.

Beliau turut mendakwa masyarakat di pedalaman contohnya di Sabah menganggap wang pemberian dan derma adalah amalan biasa.

Kerajaan Perlu Cari Alternatif Bantu Golongan Ini

Beliau berpendapat, kerajaan perlu membantu menangani pemikiran seperti ini agar amalan rasuah tidak menjadi serius dalam kalangan masyarakat.

“Kerajaan perlu menangani punca yang berlaku ini dan mengenal pasti sebab kenapa penerimaan rasuah dianggap normal dalam kalangan masyarakat,” katanya.

“Ini kerana mereka fikir rasuah membantu mereka. Jadi kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian baik untuk memastikan rasuah sebenarnya bukan sesuatu yang membantu masyarakat seperti derma tajaan dan sebagainya,” katanya lagi.

Beliau juga turut mencadangkan kerajaan agar menyediakan satu sistem kebajikan yang dapat membantu rakyat agar rakyat tidak menganggap rasuah sebagai salah satu cara yang membantu mereka keluar daripada kemiskinan.

“Tetapi kerajaan boleh menyediakan sistem kebajikan lebih baik kepada rakyat supaya tidak merasakan bahawa rasuah sebenarnya adalah suatu cara yang dapat membantu mereka (keluar dari kemiskinan),” ujarnya.

Tidak menyalahkan golongan ini, Bridget beranggapan, golongan ini menganggap derma yang diterima sebagai sebahagian daripada rezeki dan peluang untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Kita perlu sedar bahawa jangan salahkan orang yang mengambil wang tetapi salahkan orang yang memberikan mereka wang,” ujarnya.

“Ini adalah sebahagian daripada rezeki mereka. Jadi kerajaan perlu mencipta peluang pekerjaan lebih baik supaya mereka dapat bertahan dan teruskan kehidupan,” ujarnya lagi.

Tidak hanya mengenal pasti cara untuk mengelakkan daripada mereka mempunyai pemikiran sedemikian, tetapi kerajaan juga seharusnya mewujudkan inisiatif yang dapat membantu mengubah kehidupan mereka.

“Kita tidak mengubah pemikiran mereka dengan hanya sekadar bercakap tetapi perlu beri alternatif apa yang terbaik untuk ubah kehidupan mereka,” katanya.

Untuk info, individu yang terlibat dengan rasuah sama ada memberi atau menerima akan didakwa di bawah Seskyen 17 (a) dan Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sekiranya didapati bersalah, individu boleh didenda penjara maksmum 20 tahun dan dedan tidak kurang lima kali nilai suapan jika suapan dapat dinilai atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Rasuah: Kerajaan Bakal Pinda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat Untuk Lindungi Whistleblower

Baca Artikel Berkaitan: Terpalit Kontroversi Rasuah, Ini Ringkasan Tentang Jana Wibawa Yang Patut Anda Tahu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.