fbpx
Now Reading
“Kemenangan Ini Berkat Doa Semua”- Anak Dnars Skincare Dapat Hak Penjagaan Sementara Adik Bongsu [Video]
dapat hak penjagaan sementara adik bongsu

“Kemenangan Ini Berkat Doa Semua”- Anak Dnars Skincare Dapat Hak Penjagaan Sementara Adik Bongsu [Video]

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Zaini Sulaiman sebaik sahaja Qaseh Khadija memilih untuk tinggal bersama kakak, nenek dan juga ibu saudaranya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada melaporkan berhubung anak kedua pengasas Dnars Skincare, Irdiena Hakim Jasman, 20, telah memfailkan tuntutan hak penjagaan (hadanah) adik bongsunya setelah empat tahun tidak berjumpa.

Tuntutan tersebut dilakukan oleh Irdiena di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu, Kelantan bersama dengan dua lagi plaintif iaitu neneknya, Khatijah Mirdin, 71, serta ibu saudaranya iaitu Faradila Rohban Ahmad, 36.

Hak itu dituntut adalah bagi mendapatkan hak lawatan, bermesra dan juga bermalam bersama adik bongsu, Qaseh Khadija Ahmad Shahrizal, 10, yang juga adik tiri kepada Irdiena.

Irdiena anak pengasas Dnars Skincare dapat hak penjagaan sementara

Terbaharu, Irdiena telah memiliki hak hadanah sementara kepada Qaseh Khadijah semalam.

Keputusan berkenaan dilakukan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Zaini Sulaiman sebaik sahaja kanak-kanak itu memilih untuk tinggal bersama plaintif-plaintif iaitu kakak, nenek serta ibu saudaranya.

Adik bongsu pilih untuk duduk bersama kakak, nenek, dan ibu saudara

Peguam yang mewakili Irdiena iaitu Naimah Saupi memaklumkan prosedur itu dilakukan mengikut permohonan yang dibuat plaintif untuk memohon mahkamah memerintahkan pihak defendan mengemukakan pertanyaan kepada kanak-kanak berkenaan di kamar hakim.

“Keputusan agak mengejutkan apabila Qaseh Khadija memilih untuk tinggal bersama kakak, nenek serta ibu saudaranya di kediaman ibunya, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad di Pasir Pekan.

“Kediaman itu sudah serasi dengan Qaseh Khadija di mana mereka membesar sejak kecil di rumah berkenaan.

“Kini hak penjagaan Qaseh Khadija sudah berpindah kepada kakak, nenek serta ibu saudaranya dan kita akan mengadakan perbincangan dengan peguam defendan berhubung hak lawatan. Mereka masih boleh berjumpa seperti sedia kala dan kita tidak mahu silaturahim antara anak dan bapa terputus.

“Alhamdulillah keputusan hari ini satu rahmat buat keluarga plaintif,” ujarnya, dipetik Berita Harian.

Kelihatan ahli keluarga gembira menyambut Qaseh

Di TikTok pula, tular satu video yang dikongsikan oleh Faizul Rohban iaitu bapa saudara mereka yang memaparkan kegembiraan keluarga itu apabila akhirnya dapat bertemu semula dengan kanak-kanak berkenaan.

Malah dia turut mengucapkan rasa syukur atas keputusan tersebut.

“Alhamdulillah hari ini selesai kes mahkamah. Qaseh memilih untuk duduk bersama dengan adik-beradik dia iaitu Dinar Hakim, Akbar Hakim dan juga Aqil Hakim.

“Satu kesukaran pada dia sebab hakim tanya dia sendiri dan alhamdulillah dia telah memilih,” katanya.

@faizulrohban

Allahamdulillah 🤲🏼 Allah Tidak Pernah Tidur 🤲🏼🤍✨💪🏼 #jagabaikbaik #fazianirohban #rohbanfamily

♬ original sound – Faizul Rohban – Faizul Rohban

Kakak kedua turut ucap terima kasih atas sokongan diberikan dari semua

Irdiena dalam masa sama, turut berkongsi berita itu di media sosial miliknya dan berterima kasih kepada semua yang menyokong mendoakan keadilan itu.

“Kemenangan ini berkat doa semua.. Dnar tiada daya ini semua kehendak-Nya Allah SWT,” jelas Irdiena.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.