Taksub Dengan iPhone & Barang Mewah, Ada Anak Muda Sanggup Gadai Maruah Diri Dengan Buat Akaun ‘Dark Side’
Faktor pengaruh rakan sebaya antara punca yang mendorong mereka untuk memiliki gaya hidup mewah hingga mereka memilih untuk membuka akaun DS di media sosial.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Wang dan gaya hidup seringkali dikaitkan dengan kemampuan seseorang untuk memenuhi keinginan mereka.
Bagi individu yang dilahirkan dalam keluarga yang senang dan kaya, wang tidak menjadi masalah bagi mereka.
Manakala, individu yang dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan miskin, golongan ini perlu berusaha keras untuk menjana wang pendapatan dan membeli apa yang mereka inginkan.
Namun, siapa sangka ada individu khususnya golongan muda berlumba-lumba mencari wang untuk mengejar kemewahan sehingga ada yang sanggup menggadai maruah demi mendapatkan apa yang diingininya.
Buka Akaun ‘Dark Side’ Untuk Beli Iphone & Barangan Mewah
Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter mendakwa makin ramai anak muda membuka akaun ‘Dark Side’ atau platform pelacuran moden semata-mata untuk hidup mewah.
Menerusi ciapannya, kebanyakan anak muda pada masa kini sanggup menggadai maruah dan menawarkan perkhidmatan seks semata-mata untuk memiliki barangan mewah seperti iPhone.
Malah, dia turut berpandangan faktor pengaruh rakan sebaya antara punca yang mendorong golongan masa kini untuk memiliki gaya hidup mewah.
Tu belum cerita ramai anak muda jadi content creator 18sx, buat OnlyFans etc. Tengok kat Twitter pun cukup. Peer pressure nak pakai iPhone latest, nak pakai barang branded, nak ambik pic IG kat tempat aesthetic mahal. Ni pun satu isu merunsingkan.
— Ikhwan (@JatIkhwan) May 26, 2023
Pengguna itu juga turut meluahkan rasa risau dan kecewa dengan sikap anak muda pada zaman sekarang yang sanggup menjual diri semata-mata untuk memiliki apa yang diingininya.
Easy and fast money kot. Anything for cash. Nak survive so some resort to this. But risau bila tengok yang menjunam ke arah ni muda muda sangat lagi. Kesian pun ada tapi tak ada dalam tempat dorang, tak tahu apa dorang hadapi.
— Ikhwan (@JatIkhwan) May 26, 2023
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan ciapan pengguna Twitter itu. Ada diantara netizen yang hairan dan terkejut dengan sikap sesetengah individu yang sanggup menjual kehormatan diri hanya untuk memiliki gaya hidup mewah.
Baca Artikel Berkaitan: Demi Gambar Terlihat Mewah, Influencer Kantoi Sewa Studio ‘Jet Peribadi’
Baca Artikel Berkaitan: Suka ‘Enjoy’ Tapi Tak Tahu Cara Nak Simpan Duit? Ini 5 Tips Yang Anda Boleh Ikut