Tular Ustaz Azhar Idrus Tengok Atas Ketika Ceramah, Ini Penjelasan Sebenar UAI [Video]
Menurut UAI, beliau terhibur dengan pelbagai andaian yang diberikan oleh segelintir netizen seperti mendakwa dirinya melihat malaikat maut dan Nabi Khidir.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut saja nama Ustaz Azhar Idrus, pasti ramai yang mengenali pendakwah bebas yang terkenal dengan panggilan UAI ini.
Cara beliau menyampai ceramah atau kuliah yang bersahaja dan diselitkan lagi dengan elemen-elemen lawak pasti membuatkan golongan muda juga tertarik untuk mendengarnya.
Pun begitu, dua bulan lepas orang ramai mula menzahirkan rasa kerisauan terhadap UAI apabila tular satu video ceramahnya di Terengganu yang secara tiba-tiba berhenti seketika dan melihat ke bahagian atas.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Atas Takda Apa Pun” – Tengah Ceramah Tiba-Tiba UAI Pandang Ke Atas Buat Ramai Rasa Takut & Bimbang [Video]
UAI jelaskan perkara sebenar yang berlaku
Terkini, UAI akhirnya menjelaskan tentang perkara sebenar yang berlaku ketika kejadian dalam satu ceramahnya di sebuah masjid pada baru-baru ini.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @nobody_noname_noone, UAI sempat berseloroh sebelum menceritakan tentang hal yang sebenar dilaluinya pada waktu itu.
“Budak ni tanya dalam TikTok saya tengok atas dalam masjid, tengok apa. Ramai tanya soalan tu, saya tengah mengajar lepas itu tengok atas, saya jawab tengok Janda,” gurau UAI.
Lihat dan dengar kanak-kanak berada di atas panggil ‘ustaz’
Bagaimanapun, selepas itu UAI menceritakan bahawa semasa kejadian dia melihat dan mendengar kanak-kanak yang berada di bahagian tingkat atas masjid berkenaan memanggil dirinya.
Namun, ketika UAI menoleh ke atas kanak-kanak dalam anggaran empat hingga lima orang yang memanggil dirinya itu segera melarikan diri.
“Dia yang sebenarnya budak-budak, atas (masjid) tak siap lagi tapi ada bunyi. Saya masuk saja dengar bunyi ustaz, ustaz, ustaz, mula-mula lah.
“Bila kita angkat kepala dia lari, ada lima empat orang. Masa tengah-tengah (ceramah) dia mari lagi, yang tu hujung dah tapi bila tengok dia lari lagi,” jelasnya.
UAI terhibur dengan pelbagai andaian netizen
Pada masa yang sama, UAI juga berasa terhibur dengan pelbagai andaian segelintir netizen seperti mendakwa dirinya melihat malaikat maut dan Nabi Khidir.
“Tapi netizen macam-macam (andaian), malaikat maut, Nabi Khidir. Nampak itu netizen dia laju sikit.”
Ustaz Azhar
Memindai ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial berasa lega selepas mendengar penjelasan sebenar daripada UAI.
Tidak hanya itu, mereka turut terhibur dengan pelbagai spekulasi yang dibuat oleh netizen berhubung video tular itu.