Seseorang yang sedang berada di dalam kesusahan atau kesempitan wang sanggup melakukan apa sahaja asalkan ia dapat memberikan wang.
Malah ada yang sanggup menjual atau menggadaikan barangan kemas yang berharga agar mereka dapat menyara kehidupan diri mahupun keluarga buat sementara waktu.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang pakcik telah berkunjung ke sebuah kedai telefon bimbit hingga membuatkan ramai bersedih.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Nor Asiah Kamis, lelaki tersebut pada awalnya datang ke premis berkenaan untuk menjual telefon bimbit jenama Nokia kerana memerlukan wang.
Jurujual itu kemudian meminta untuk melihat keadaan telefon bimbit berkenaan sama ada ia boleh dijual atau tidak.
Sebaik sahaja membuat pemeriksaan pada telefon berkenaan, jurujual itu kemudian memaklumkan model telefon bimbit terbabit sudah lama dan tidak boleh dijual.
Dia kemudian bertanya kepada pakcik itu sebab telefon itu mahu dijualnya sebelum menjawab kerana ingin membeli beras.
Pakcik itu turut memaklumkan dia datang dari Kampung Bemban dipercayai di belah utara dan datang ke kedai tersebut dengan menumpang rakannya.
Prihatin dengan kesusahan yang menimpa pakcik tersebut, jurujual itu kemudian memberikan sejumlah wang untuk membantunya.
“Handset (telefon bimbit) ni pakcik ambil balik, ini kira saya sedekah kepada pakcik,” katanya sambil memberi RM300 kepada lelaki itu.
Pakcik itu kemudian mengucapkan syukur atas pemberian wang tersebut dan berdoa agar jurujual berkenaan dimurahkan rezeki.
Malah apa yang lebih menyedihkan, dia turut menangis mungkin terharu dengan bantuan itu.
Melihat di ruangan komen, orang ramai turut merasa sedih dengan kesusahan pakcik tersebut dan terdapat juga segelintir pengguna yang mahu memberikan bantuan.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…