fbpx
Now Reading
Berbau Busuk! DBKL Sita Premis Selamba Bela Ayam, Itik & Kambing Di Selayang

Berbau Busuk! DBKL Sita Premis Selamba Bela Ayam, Itik & Kambing Di Selayang

Di dalam operasi tersebut satu Notis Akta Kerajaan Tempatan di bawah Seskyen 82 turut dikeluarkan kepada pemilik atau wakil premis yang berkuat kuasa serta merta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemeliharaan haiwan ternakan seperti kambing, lembu, ayam mahu pun itik perlulah dilakukan di kawasan yang bersesuaian antaranya ladang atau kebun.

Ini kerana, kawasan ini mempunyai pengudaraan yang lebih baik sekali gus menghindari bau busuk seperti najis haiwan tidak mengganggu penduduk lain.

Malah membela haiwan ternakan di kawasan yang tidak sepatutnya seperti premis atau kedai merupakan satu kesalahan dan boleh didenda sehingga RM1,000.

Dapat aduan dari orang awam premis pelihara kambing

Terbaharu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bertindak membuat satu operasi serbuan di sebuah premis di Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur kerana memelihara ayam, kambing dan itik hidup di dalam premis.

Serbuan itu dibuat pada jam 9.30 malam, 29 Mei selepas pihak DBKL menerima aduan dari orang awam yang mendakwa premis berkenaan memelihara kambing.

“Siasatan mendapati benar dan tindakan lanjut telah dipanjangkan kepada Unit Kawalan Pest.

“Hasil lawatan dan pemeriksaan susulan jam 3 petang pada 30 Mei mendapati tiada lagi kambing di premis tersebut,” katanya.

Terdapat ayam dan itik hidup di dalam premis

Walau bagaimanapun pihak berkuasa mendapati terdapat ayam dan itik hidup di dalam premis berkenaan sehingga ia menimbulkan kacau ganggu bau busuk..

Menurutnya ia adalah satu kesalahan untuk memelihara haiwan hidup di dalam premis di bawah Akta Kerajaan Tempatan kerana boleh menyebabkan kacau ganggu.

Oleh itu, satu Notis Akta Kerajaan Tempatan di bawah Seksyen 82 kemudian diberikan terhadap pemilik atau wakil premis berkuatkuasa serta merta.

“Ops Sitaan telah dilaksanakan melibatkan 10 ekor ayam dan 7 ekor itik.

“Pemilik atau wakil diberi tempoh empat hari untuk menuntuk haiwan sitaan di Unit Kawalan Pest Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.