Orang Ramai Berang, Ada Individu Selamba Hisap Vape Dalam Wayang Hingga Penggera Kecemasan Berbunyi [Video]

Larangan untuk tidak merokok atau vape di kawasan tertentu seperti premis makanan, di dalam bangunan, hospital dan sebagainya sering kali dipandang enteng oleh perokok.

Malah ada segelintir daripada mereka lebih mementingkan diri sendiri sehingga sanggup mengundang bahaya kepada orang awam.

Apabila ditegur mengenai sikap dan tingkah laku ada antaranya mula melenting sehingga boleh mendatangkan pergaduhan hanya kerana pentingkan diri.

Penggera kecemasan berbunyi kerana vape

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang menunjukkan keadaan bising kerana penggera kecemasan berbunyi kerana ‘asap’ vape ketika sedang menonton wayang di sebuah pawagam.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Adam di Twitter kelihatan orang ramai sedang berdiri ketika penggera berkenaan berbunyi dan keadaan di dalam wayang menjadi kelam kabut gara-gara ada individu yang vape.

Hisap vape ketika sedang tonton wayang

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan Adam berasa berang kerana tindakan mementingkan diri itu telah menyusahkan orang lain yang berada di dalam wayang tersebut.

“Semalam menyaksikan kebodohan orang tengok wayang. Alarm kecemasan (penggera kecemasa) berbunyi menyebabkan semua hall kelam kabut sebab ada orang hisap vape dalam panggung wayang. Menyusahkan,” ujarnya.

Dia pada masa sama turut memaklumkan individu yang menghisap vape itu bukanlah lelaki yang berada di dalam video sebaliknya itu adalah rakannya.

Tindakan individu berjaya dikesan CCTV

Perkara itu secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang ramai dan ada yang bertanya adakah individu berkenaan telah disaman kerana perbuatan tersebut.

Adam kemudian menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui apa yang berlaku selepas itu, namun kelakuan lelaki itu dapat dirakam menerusi rakaman litar tertutup (CCTV).

Melihat di ruangan komen ramai yang mengecam tindakan individu pentingkan diri itu dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah berhadapan dengan situasi seperti itu.

“Kenapa ya bebal sangat haih”

“Sama situasi dengan saya, ada yang hidap vape dekat wayang Sunway Pyramid tapi nasib alarm (penggera kecemasan) tak kesan”

“Semalam pergi tengok wayang pun ada juga satu brother ni selama badak hisap vape dekat tempat duduk depan..”

“Okay untuk korang yang hisap vape ni. Tak boleh ke ada common sense untuk tidak merokok dekat tempat yang tak sepatutnya”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago