Wanita Mengalir Air Mata Makan Masakan Terakhir Emak [Video]
Turut kelihatan seorang wanita yang tidak dapat menahan sebaknya apabila menangis ketika menikmati hidangan tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Masakan seorang insan bergelar ibu merupakan salah satu makanan yang paling sedap buat anaknya.
Malah ia juga sukar untuk dicari di tempat lain kerana air tangan yang berbeza.
Satu yang pasti semua itu hanya tinggal kenangan sekiranya emak sudah tiada di dunia.
Tunjuk masakan terakhir ibu sebelum meninggal dunia
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang wanita sedang menikmati hidangan terakhir yang dimasak oleh arwah ibunya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @boi_masam, dia menyatakan lauk hidangan ikan sambal itu merupakan masakan terakhir ibunya sebelum meninggal dunia pada 27 Mei yang lalu.
salah seorang ahli keluarga makan sambil menangis
Dia turut menunjukkan seorang wanita yang dipercayai kakak atau adiknya sedang menjamah hidangan tersebut bersama nasi sambil menangis mungkin kerana masih bersedih.
“Al-fatihah buat mak saya Norizan Binti Bahari, meninggal dunia pada Jumaat (27 Mei 2023).
“Lepas ni tak dapat rasa air tangan mak, rindu yang tiada penghujung,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa sedih dan sebak ketika menonton video tersebut. Malah ada yang berkongsi pengalaman sama sebelum insan tercinta mereka pergi menghadap ilahi.
Tidah kurang juga ada yang menyatakan mereka merindukan insan yang bergelar ibu itu.