fbpx
Now Reading
WhatsApp Beta Sedang Uji Ciri Baru ‘Screen-Sharing’ Ketika Panggilan Video

WhatsApp Beta Sedang Uji Ciri Baru ‘Screen-Sharing’ Ketika Panggilan Video

Pengguna akan dapat mengakses ciri ini melalui ikon bar di tab panggilan video. Setelah menekan butang tersebut, pengguna akan diminta untuk membenarkan “mula merakam atau ‘casting’ dengan WhatsApp?”.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aplikasi perbualan WhatsApp kini sedang menguji dan mencuba ciri terbaharunya yang membolehkan pengguna untuk berkongsi skrin ketika melakukan panggilan video.

Menurut The Star yang memetik WABetaInfo, ciri ini boleh digunakan bagi pengguna WhatsApp beta untuk Android melalui kemas kini 2.23.11.19.

Mula merakam atau ‘casting’ dengan WhatsApp

Pengguna akan dapat mengakses ciri ini melalui ikon bar di tab panggilan video. Setelah menekan butang tersebut, pengguna akan diminta untuk membenarkan “mula merakam atau ‘casting’ dengan WhatsApp?”.

Setelah membenarkan, pihak penerima panggilan akan dapat melihat skrin peranti yang dikongsikan.

WhatsApp miliki akses apa sahaja yang sedang dilakukan dalam peranti ketika ‘screen-sharing’

Para pengguna juga akan diingatkan bahawa WhatsApp mempunyai akses ke atas apa sahaja konten yang sedang dimainkan dalam telefon, termasuk infomasi penting seperti kata laluan, maklumat pembayaran, gambar, mesej dan audio.

‘Screen-sharing’ merupakan ciri yang sangat berguna buat para pengguna WhatsApp yang ingin melakukan presentasi dan sebagainya.

Pengguna miliki kawalan penuh, boleh tamatkan ‘screen-sharing’ pada bila-bila masa

Selain itu, pengguna juga mempunyai kawalan penuh terhadap ciri ini, jadi mereka dapat menamatkan ‘screen-sharing’ pada bila-bila masa yang diinginkan.

Bagaimanapun, lapor WABetaInfo kemungkinan ciri ini tidak tersedia untuk panggilan grup secara beramai-ramai dan pengguna yang masih mengguna WhatsApp versi lama tidak akan dapat melihat konten yang dikongsikan melalui ‘screen-sharing’ ini.

Pengguna peranti Android yang ingin mencuba ciri terbaharu WhatsApp ini boleh klik link di sini.

Bagi pendapat anda sendiri, adakah ciri terbaharu yang bakal diperkenalkan oleh WhatsApp ini berguna atau memberi kesan buruk sekiranya maklumat peribadi yang disimpan di dalam telefon pintar mudah untuk terdedah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.