Umum mengetahui, setiap wanita yang sedang mengandung pasti akan melalui fasa mengidam. Ada yang mengidamkan makanan dan ada juga yang menginginkan sesuatu barangan.
Pun begitu, ada juga segelintir ibu mengandung yang mengidamkan sesuatu yang pelik seperti makan sabun, minum peluntur pakaian, mahupun menyedut bau petrol.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita yang berkongsi mengenai ragam mengidamnya yang pelik sehingga memeningkan ‘encik suami’.
Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik di laman TikTok akaun @hellinlife_, wanita itu berkongsi tangkap layar perbualannya bersama suami di WhatsApp yang meminta untuk menunaikan keinginannya.
Apa yang mengejutkan, wanita yang sedang hamil itu memberitahu suaminya bahawa dia sedang mengidam untuk meminum arak.
Difahamkan, wanita terbabit mengidam ingin meminum arak itu atas dasar rasa ingin tahu tentang minuman beralkohol tersebut.
“Saya teringin arak, rasa macam nak minum, macam mana ni? Saya curious (ingin tahu) beer, liquor, soju macam mana rasa dia,” tulis wanita itu.
Bagaimanapun, suaminya meminta agar dia mengingati tuhan kerana permintaan itu tidak akan dapat ditunaikan oleh sebab agama Islam melarang umatnya daripada meminum arak.
Tidak hanya itu, suaminya juga memberi peringatan bahawa setitik arak yang masuk ke dalam badan akan menyebabkan 40 hari ibadat tidak diterima oleh Allah SWT.
Susulan itu, lelaki terbabit yang ingin menyedapkan hati isterinya telah memberi cadangan untuk membeli minuman lain seakan arak tetapi halal.
“Ingat Tuhan sayang, kesian baby dalam perut itu. Setitik (arak) 40 hari ibadat tak diterima. Sayaa beli air yang seakan arak nak? Tapi halal,” kata suaminya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju untuk wanita itu terus melayan apa yang diidamkan olehnya kerana bertentangan dengan hukum ajaran Islam.
Malah, netizen juga memberi nasihat kepada wanita itu untuk mengawal perasaan mengidamnya yang pelik itu kerana boleh mendatangkan kemudaratan kepada baby di dalam kandungan.
Secara ringkasnya, para ulama menjelaskan terdapat tiga hukum terhadap suami dalam menunaikan apa yang diidamkan oleh isteri hamil. Ada hukum yang mewajibkan, sunat, dan juga haram.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, idaman yang boleh membahayakan nyawa atau kesihatan isteri dan bayi tidak boleh ditunaikan oleh si suami.
“Begitu juga tidak boleh ditunaikan jika isteri mengidam melakukan sesuatu yang salah dan dosa seperti mengidam mahu pakai pakaian ketat pergi ke pantai atau mengidam mahu tidur selama sehari sampai meninggalkan solat atau seumpamanya.”
Ustaz Azhar Idrus
Dengan penjelasan UAI ini, bermakna apa sahaja yang tidak dibenarkan dalam Islam haram untuk ditunaikan.
Penerbangan Singapore Airlines SQ321 yang terbang dari London ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Bangkok.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…
Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…
Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…
Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…
Sebelum memasuki tandas, lelaki itu turu menunjukan beberapa kemudahan yang ada di kawasan luar seperti…