Anggota Polis Trafik Disaman Gara-gara Letak Motosikal Di Tempat Letak Kenderaan OKU [Video]

Setiap orang tanpa mengira jawatan atau pangkat wajib mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video dan gambar motosikal milik polis trafik dikunci oleh seorang sekuriti kerana memarkir di dalam kawasan parkir Orang Kurang Upaya (OKU).

Menerusi perkongsian video di laman Twitter akaun @nanmanjoi8715, kelihatan pengawal keselamatan terbabit sedang membuka kembali rantai yang dikunci di bahagian tayar hadapan motosikal berkenaan.

Video tersebut turut tular di laman Facebook dan di platfrom media sosial yang lain.

Pihak polis ambil tindakan pada anggota trafik terbabit

Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah mengambil tindakan terhadap anggota berkenaan. Difahamkan, kejadian berlaku di kawasan tempat letak kenderaan OKU di Apartmen Flora Damansara pada Isnin lalu (29 Mei).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video yang dikongsikan di laman Twitter itu memaparkan sebuah motosikal jenis Honda ST1300 milik cawangan Motoked Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku di sekitar Apartmen Flora Damansara kira-kira pukul 11.30 pagi, Isnin lalu.

“Laporan polis telah dibuat dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam (1 Jun).

Tindakan saman telah dikeluarkan kepada anggota itu

Jelasnya lagi, tindakan saman telah dikeluarkan kepada anggota polis yang menunggang motosikal tersebut.

“Orang ramai diingatkan agar mematuhi arah papan tanda jalan. Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengguna jalan raya termasuk penguat kuasa yang tidak mengikut peraturan,” katanya lagi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

22 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

22 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

22 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

23 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago