“Lupa Diri Ke?” – Ulas Isu Kontroversi Podcast Siap ‘Payung’ Kereta Mewah, Pengasas Les’ Copaque Dikecam

Baru-baru ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai satu podcast kontroversi oleh sebuah syarikat animasi, Les’ Copaque sdn bhd yang didakwa mengutuk dan membuka aib para pekerjanya.

Susulan penularan video tersebut, orang ramai dilihat tidak bersetuju selain mengecam teruk tindakan beberapa individu pihak atasan syarikat tersebut yang menceritakan soal masalah pekerja secara terbuka.

Orang ramai berpendapat podcast tersebut bukan sahaja memalukan pekerja malah turut menjatuhkan semangat para kakitangan syarikat itu.

Pengasas Les’ Copaque tampil bertahan syarikat dari terus dikecam

Terkini, Pengasas Les’ Copaque Haji Burhanuddin Md Radzi pula tampil mempertahankan syarikatnya daripada terus dikecam ramai.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, Burhanuddin atau turut dikenali sebagai Haji Burhan mendakwa kebanyakan komen kecaman yang diterima syarikat itu adalah daripada bekas pekerjanya.

“Setelah membaca semua komen, ‘mostly’ daripada bekas kakitangan saya. Saya boleh katakan bahawa sebahagian besar adalah komen yang benci akan kejayaan kami (Les’ Copaque),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Segala tuduhan adalah fitnah

Menurutnya, segala tuduhan yang telah dilemparkan kepada syarikat yang terkenal dengan siri animasi ‘Upin & Ipin’ itu juga adalah fitnah.

Jelasnya lagi, dia menegaskan sudah tiba masanya untuk syarikat itu ketepikan segala kecaman dan terus fokus untuk menghasilkan beberapa projek baru mereka yang dapat memacu sektor ekonomi digital.

“Tiba masanya untuk kita teruskan kerana para pekerja setia saya yang mencecah hampir 200 orang akan sibuk sehingga akhir tahun ini.

“Bagi mereka (bekas pekerja) di luar sana yang ingin kembali, anda dialu-alukan. Tapi jika anda gagal diterima, please move on. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Burhan kongsi gambar kereta mewah

Dalam hantaran yang sama, pemegang watak ‘Tok Dalang’ itu juga dilihat memuat naik beberapa gambar kereta mewah miliknya sebagai bukti kejayaan yang telah dikecapi.

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook terus mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Burhan itu kerana tidak mahu mengaku kesalahan syarikatnya selain enggan meminta maaf secara terbuka.

Tular podcast Lepak @ Les’Copaque dikecam ramai

Terdahulu, tular di YouTube berhubung satu video podcast yang dinamakan Lepak @ Les’Copaque yang membincangkan tentang drama di tempat kerja sehingga dikecam oleh orang ramai.

Menerusi video tersebut, seramai tiga ketua yang mewakili jabatan masing-masing telah dijemput untuk membincangkan tentang ‘Drama’ yang berlaku di kalangan pekerja berdasarkan pengalaman mereka bersama dengan seorang moderator.

Antara perkara yang dikupas adalah mengenai sikap pekerja seperti menipu tentang sijil cuti sakit dan apabila disiasat individu berkenaan sebenarnya tidak mempunyai rekod kesihatan bagi sijil cuti yang dikeluarkan itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

30 mins ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

40 mins ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

55 mins ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

4 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

5 hours ago