fbpx
Now Reading
Mufti Perlis Cabar UAI Buktikan Perkampungan Sunnah Sesat, Sedia Letak Jawatan Jika Benar [Video]

Mufti Perlis Cabar UAI Buktikan Perkampungan Sunnah Sesat, Sedia Letak Jawatan Jika Benar [Video]

Tambah Dr Maza sekiranya UAI gagal membuktikan tuduhan berkenaan, ini bermakna pendakwah terkenal itu hanya menabur fitnah terhadap umat Islam yang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza menggesa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) untuk mengemukakan bukti sekiranya perkampungan sunnah yang dianjurkan jabatannya baru-baru ini adalah sesat.

Beliau menerusi satu video di Facebook mempelawa UAI untuk menyertai forum atau ruang dialog di Perlis bagi memberi hujah atas dakwaannya.

Malah menurut Dr Maza, beliau bersedia melepaskan jawatannya sebagai Mufti Perlis dalam tempoh 24 jam sekiranya dakwaannya benar.

“Perkampungan Sunnah ini dia (UAI) kata antaranya puak ini menghina Imam Nawawi. Di Perlis ini, silibus Imam Nawawi diajar, berapa banyak fatwa kita menyebut Imam Nawawi tapi boleh pula dia kata kita hina, kita sesatkan Imam Nawawi dan para ulama.

“Kalau dia boleh buktikan dalam Perkampungan Sunnah itu ada hina Imam Nawawi atau mana-mana ceramah saya ada potongan menghina Imam Nawawi atau pun di dalam tulisan serta dalam fatwa Perlis menghina Imam Nawawi, dalam masa 24 jam saya letak jawatan sebagai Mufti Perlis,” kata Dr Maza.

Malah beliau menegaskan majlis perkampungan sunnah itu telah dirasmikan oleh Raja Perlis bahkan turut dihadiri ribun orang.

Tambah Mufti Perlis itu lagi, sekiranya UAI gagal membuktikan tuduhan berkenaan, ini bermakna pendakwah terkenal itu hanya menabur fitnah terhadap umat Islam yang lain.

“Dia mari buat ulasan seperti itu memfitnah orang sedangkan dia seorang ustaz yang dikenali ramai. Ringan fitnah itu di mulut dia. Kamu sangka ia ringan di lidah kamu? Di sisi Allah adalah berat.

“Tuduh orang sesat dengan satu perkara yang orang itu tak pernah lakukan dan tak ada siapa dalam kalangan mereka lakukan.”

Terdahulu tular video di mana Ustaz Azhar mengeluarkan kenyataan mendakwa Perkampungan Sunnah adalah satu program sesat kerana menghina para ulama termasuk Imam Nawawi.

UAI berkata demikian ketika menjawab soalan seorang jemaah yang hadir ke kuliahnya di Masjid Jamek Kampung Boyan, Taiping pada 27 Mei lalu.

Jemaah tersebut meminta pandangan beliau tentang penganjuran perkampungan sunnah yang difahamkan diadakan untuk memperbetulkan umat Islam daripada perkara syirik.

Tambah UAI lagi, jika seseorang itu hendak mengajak kepada kebenaran, dia sendiri mestilah dalam kebenaran.

Namun sekiranya individu berkenaan juga sesat bagaimana dia mahu mengajak ke arah yang benar.

Sebagai rekod, Perkampungan Sunnah Siri Kelapan yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada Ahad (28 Mei) tampil dengan tema ‘Membanteras Syirik, Menghapus Khurafat’.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.