fbpx
Now Reading
Toreh Lengan Hingga Cedera Boleh Dikenakan Hukuman Penjara, Trend ‘Barcode’ Makin Merisaukan

Toreh Lengan Hingga Cedera Boleh Dikenakan Hukuman Penjara, Trend ‘Barcode’ Makin Merisaukan

Bagaimanapun, jika luka yang dihasilkan itu tidak terlalu dalam, maka Seksyen 309 KK tidak terpakai dalam situasi itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, trend menoreh lengan dalam kalangan generasi muda kononnya untuk menghilangkan depresi semakin popular.

Perkara ini amat membimbangkan kerana tindakan tersebut dapat memberi kesan buruk kepada diri mereka sendiri.

Agama Islam juga melarang perbuatan berbahaya dan memberi kemudaratan kepada diri sendiri mahupun orang lain.

Foto: Kosmo

Toreh lengan hingga cedera boleh dikenakan hukum penjara

Oleh yang demikian, mana-mana individu yang bertindak menorah lengan sendiri sehingga mendatangkan kecederaan fizikal boleh dikenakan hukuman penjara.

Peguam sivil, Nor Zabetha Muhammad Nor berkata, trend yang dikenali sebagai ‘barcode’ itu juga boleh diklasifikasikan sebagai percubaan membunuh diri sekiranya luka yang dalam dan boleh kehilangan darah yang banyak.

“Trend ‘barcode’ atau perbuatan menoreh lengan sendiri atau mana-mana anggota badan lain boleh jadi satu percubaan bunuh diri kalau luka yang dalam dan jenis luka yang ada kecenderungan hilang darah.

“Contoh toreh atau kelar di bahagian ‘vital part’, contoh dekat bahagian ‘blood vein’, jadi boleh dikategorikan bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan sehingga tempoh setahun, atau denda, atau ke­dua-duanya,” jelasnya dipetik Kosmo.

Jika luka tak terlalu dalam, Seksyen 309 KK tidak terpakai

Tambahnya lagi, jika luka yang dihasilkan itu tidak terlalu dalam, maka Seksyen 309 Kanun Keseksaan tidak terpakai dalam situasi itu.

“Tetapi diingatkan perbuatan mendatangkan kecederaan misalnya bawah Seksyen 323 atau 324 Kanun Keseksaan tidak dinyatakan dengan jelas kepada ‘individu lain atau diri sendiri’.

“Lihat peruntukan bawah Seksyen 323, pesalah boleh dihukum kerana dengan sengaja menyebabkan cedera. Walaupun tiada undang-undang jelas bahawa sebabkan kecederaan pada diri sendiri adalah kesalahan tetapi perbuatan ‘barcode’ adalah tidak wajar,” tegasnya.

Isu sama turut dibincangkan oleh seorang pakar perubatan, Dr Aishah Abas. Jelasnya terdapat banyak faktor kenapa remaja melakukan perbuatan mencederakan diri sendiri ini, antaranya pada masalah mental, kemurungan, dan tidak pandai menguruskan emosi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.