Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Setiap pekerjaan di dunia ini mempunyai cabaran dan halangannya yang tersendiri.
Cuma, ia hadir dalam bentuk berbeza-beza bergantung kepada jenis pekerjaan dan persekitaran tempat kerja.
Sebagai pekerja, kita perlu menghadapi setiap cabaran dan halangan ini melalui strategi dan pendekatan yang berbeza bagi memastikan kerja dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
TNB Sedia Kursus Latihan Keselamatan & Pengendalian Anjing Untuk Pembaca Meter
Baru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan video pembaca meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang membuat latihan sekiranya berhadapan dengan haiwan seperti anjing.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna tiktok TikTok @hazrinyenn, kelihatan pembaca meter TNB sedang menjalani Kursus Latihan Keselamatan & Pengendalian Anjing yang mana dia pada ketika itu sedang dikejar oleh haiwan berkenaan.
Kursus itu bertujuan sebagai persediaan bagi pembaca meter khususnya jika mereka berhadapan dengan masalah anjing di kawasan perumahan pelanggan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan tidak menyangka bahawa TNB ada menyediakan kursus latihan berkenaan untuk pekerjanya.
Ramai warganet menyambut baik dan memberikan komen yang positif. Malah, ada di antara mereka yang turut mencadangkan agar pekerja seperti penghantar makanan turut diberi latihan seperti ini.
Untuk info, menerusi akaun rasmi Facebook TNB Integrated Learning Solution – ILSAS, TNB ILASA buat pertama kalinya melaksanakan kursus Customer Experience dan kursus Latihan Keselamatan & Pengendalian Anjing bagi pembaca meter pada tahun 2022.
Kami merasakan kursus latihan ini patut dilaksanakan untuk semua servis yang terlibat dan perlu berurusan di rumah pelanggan seperti penghantar makanan dan pembaca meter air.