Macam Samseng! Lelaki ‘Tunjal’ Kepala Wanita Gara-Gara Salah Faham Di Jalan Raya Buat Ramai Berang [Video]

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai undang-undang, oleh itu orang ramai tidak sepatutnya bertindak sesuka hati.

Jika seseorang itu didapati melakukan kesalahan, sebaiknya laporkan kepada pihak berkuasa atau beri teguran secara berhemah.

Tular lelaki guna kekerasan ketika tegur pemandu wanita

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang menggunakan kekerasan ketika menegur seorang pemandu wanita.

Menerusi hantaran video di laman Facebook (FB) akaun Aizacd Zack, pengguna FB ini berkata wanita berkenaan merupakan adiknya.

“Mohon sesiapa yang mengenali insan ini minta PM (private message) saya, sebab saya teringin nak kenal siapa dia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ketuk tingkap dan marah pemandu

Berdasarkan video tersebut, kelihatan lelaki memakai baju berwarna merah itu mengetuk tingkap kereta wanita terbabit sebelum memarahinya.

“Bawa elok-elok sikit, kau main nyawa orang b*bi! Kalau aku sepak kau kat sini sekali dengan sebelah tu aku sepak.

“Kau jangan menjawab dengan aku eh, kau main nyawa orang tau. Kau nak kenal aku siapa, kau nak kenal tak?

“Kau lagi nak tinggi suara, line putus-putus kepala bapak kau tak nampak ke depan kona (selekoh). Pecah muka kau jap lagi,” kata lelaki itu.

Kedengaran lelaki terbabit memarahi pemandu wanita itu kerana memotong di selekoh sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

Tampar kepala wanita sebab bengang memandu secara bahaya

Pada masa yang sama, lelaki yang bengang dengan cara pemanduan berbahaya wanita itu juga telah bertindak menampar kepalanya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah jalan dari arah Cameron Highland, Pahang menuju ke Tapah, Perak.

Video tersebut turut tular dan sohor Twitter @jnmalaysia.

Netizen kecam tindakan lelaki tersebut dan mohon mangsa buat laporan

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosal mengecam tindakan lelaki terbabit selain meminta mangsa agar melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Selain itu, mereka juga berpendapat sekiranya benar wanita itu melakukan kesalahan cukuplah sekadar memberi teguran dan bukannya ‘naik tangan’.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

20 mins ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

35 mins ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

35 mins ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

3 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

3 hours ago